BATU PAHAT – [DIKEMAS KINI] Pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang lehernya dikelar menggunakan pisau direman dua hari di di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman sehingga Khamis.
Reman dikeluarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sebelum itu, pasangan terbabit tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah untuk prosiding reman.
Kedua-dua suspek ditahan 4 petang Selasa, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi membantu polis melengkapkan siasatan.
Dalam kejadian 5.30 pagi Isnin lalu, mangsa berusia enam tahun ditemukan dalam keadaan parah selepas leher sebelah kanan dikelar menggunakan senjata tajam.
(Laporan Penuh di Bawah Sekali)
