Trending

Pelik pkwe Tiba Tiba Ajak Pergi Naik Bukit Tapi Dengan Syarat Kena Pakai Baju Kurung. Akhirnya Haritu Juga Kant0i Sebab Pkwe Dia Minta Pakai Baju Kurung. Rupa Rupanya Ini Yang Dia Nak Buat.

B4 Content
  • “Assalamualaikum. Pertamanya terima kasih admin sebab kongaikan cerita saya yang tak seberapa ni.saya terpanggil untuk kongsi pengalaman sendiri lepas baca kisah ‘Awak sayang ALLAH?’..kisah tersebut lebih kurang sama dengan kisah yang saya alami sendiri.

Saya ni dulu memang bertudung.tapi bagai dikatalah ‘tudung tapi telnjng’. baju tu WAJIB sendat, ketat, melekat kalau tak memang saya tak keluar lah. seluar tu jangan kata nak duduk pun jenuh (boleh bayang lah kan ketat dia tu mcm mana) dan tudung tu pulak kena selepang atas bahu sampai ternganga dada tu..bangga seh!

Aset kot..Masa berjalan tu mendada sikit..bila ada lelaki pandang terasa macam retis pulak..jadi public figure. Saya berubah drastik bila ALLAH jentik hati saya perlahan. Bermula cerita bila saya sambung degree di Universiti di Selangor. Saya langsung tak pernah free hair bila keluar sebelom masuk ke u..tapi bila sampai di sana saya serumah dengan kawan2 yang semuanya free hair.

Paragraf 2

Tiba2 saya jadi ‘galak’ nak ikut jejak dorang. Tapi baru ja nak tarik tudung saya terpandang gambar mak ayah yang saya lekat kat cermin.. terus saya jadi tak tergamak nak tipu mak ayah saya walaupun tanpa pengetahuan dorang..ALLAH tu MAHA PENYAYANG..DIA takmau saya terus sesat..terus saya batal niat nak free hair..

Cerita yang lain pulak masa tu saya ada boyfren.nak dijadikan cerita satu hari dia ajak saya keluar ke Bukit Ke*****, tapi dengan syarat kena pakai baju kurung. saya dengan tak fikir banyak terus setuju.. haritu kawan baik (Nia bukan nama sebenar) saya tidur dirumah saya. saya bagitau Nia yang Aiman bukan nama sebenar) ajak saya keluar p Bukit Ke***** tapi kena pakai baju kurung (masa tu tengah kalut cari baju kurung dalam almari). Nia terus marah saya dan halang saya pakai baju kurung tapi suruh saya pakai seluar macam biasa.

saya turutkan je tanpa banyak tanya sebab dah lewat. Lepas tu bila saya jumpa Aiman dia marah saya sebab saya tak ikut apa yg dia suruh. Aiman kata dia tak jadi bawak saya ke Bukit tu.. bila balik ja rumah saya cerita kat Nia apa yang jadi. Nia terus kata yang dia dah banyak dengar cerita tak elok jadi kat Bukit tu..

banyak couple kena tngkp basah kat sana..senang cerita orang gelar bukit tu sarang benda tak elok. tersentak saya dengar.. apalah nasib saya andai kata saya ikut apa yg Aiman suruh..nauzubillahiminzalik masa tu saya dah fikir bukan2..ALLAH tu MAHA MELINDUNGI.. Dan klimks cerita saya ALLAH ‘tegur’ kawkaw tapi secara lembut punya bila ALLAH jemput family saya menunaikan umrah.

masa tu saya langsung tak rasa apa. memang tak rasa teruja atau apapon. terasa macam nak p melancong ja.. hemm.. saya langsung tak cari ilmu macam mana dan apa nak buat masa kat sana nanti.. cuma ikut ja apa yang ayah saya buat. Setibanya saya kat Masjid Nabawi, tiba2 hati saya rasa lain.. dan bermulanya titik perubahan saya sekarang ni bila saya berpeluang untuk solat dalam Taman Raudhah..

berapa ramai orang yg dah ada di masjid tu, tapi langsung tak ada rezeki nak solat di Taman Raudhah (Taman Syurga)? Bertuahnya saya rasa masa tu.. masa pertama kali saya sujud dan dahi saya menyentuh sejadah Taman Raudhah, air mata terus mengalir.. terasa diri ni kerdil dan hina sangat. ALLAHU..

Sampai sekarang masih terasa lagi perasaan tu..lepas tu saya jugak berpeluang untuk tengok sendiri payung2 gergasi yang ada depan Masjid Nabawi terbuka.. ALLAH ALLAH.. tergamam saya. tegak saya berdiri macam tengah nyanyi lagu Negaraku bawah payung2 tu..berapa ramai orang yg dah sampai ke Masjid Nabawi tapi tak berpeluang nak tengok sendiri payung2 tu terbuka..

Alhamdulillah depan mata saya ALLAH tunjuk.. ALLAH MAHA PENYAYANG.. dan momen yang saya nak cerita yang akhir ni adalah titik tolak macam mana saya berubah secara drastik terutama dari segi pemakaian.. masa tu saya dah ada di Makkah al Mukarramah.. saya nampak semua perempuan bertutup litup, berpurdah..

saya pun pakai purdah sebab nak rasa ‘bond’ dekat situ (memang saya dah spare purdah dari rumah)..bila saya pakai ja timbul satu perasaan yang saya trasa bagai dilindungi.. perasaan yang saya sendiri tak dapat nak gambarkan. lepas tu pulak saya try pakai tudung labuh..handsocks dan socks pulak saya beli kat penjual tepi2 jalan kat sana..

Mulanya pakai atas alasan senang nak solat,tak payah pakai telekung dah.Then..lama kelamaan I realise I totally fall in love in wearing purdah..I fall in love in wearing loose jubah.. I fall in love in wearing handsocks n socks.. I fall in love in wearing tudung labuh.. sangat2 suka..dan masa nak balik ke Malaysia saya teringat macam mana pemakaian saya masa nak ke Madinah/Makkah..

saya malu. saya menangis. saya rasa berdosa amat sangat. sanggup ‘jual tubuh’ kat orang ramai. kenyangkan keinginan lelaki2 yang bermata liar.. ALLAHU ALLAH..jejak ja kaki saya kat bumi Malaysia,saya dah nekad yang saya nak berubah terus. sampai je kat rumah tanpa berlengah terus saya asingkan pakaian yg tak ikut syariah untuk sedekah (walaupun masa tu saya cuma tinggal baju tak sampai 10 helai dan seluar 2 helai).

Tak kisahlah kalau tak berbaki langsung baju yang ada tapi saya nekad. esuk tu terus saya bagi kat sepupu2 saya yang muat pakai. ramai orang terkejut dengan prubahan saya. even ayah saya sendiri tegur perubahan saya dan tanya saya kenapa pakai jubah, socks n handsocks setiap kali keluar. drastik sangat berubah, kata ayah. saya cuma tersenyum. Doakan saya sentiasa istiqomah. In sya ALLAH…

Kalau korang especially yang free hair,atau berpakaian tak ikut syariah dan tiba2 terasa di hati nak pakai tudung masatu, atau nak pakai baju longgar ke atau apa saja yg korang rasa, buat! Just do it.. sebenarnya tu ‘teguran’ lembut dari ALLAH untuk korang. dan pada sesiapa yang berpakaian dah ikut syariah tu jangan memperlekeh kaum hawa yang belom bertutup sempurna.. sebab kita taktau yang mungkin kedepan si dia yang korang lekeh kan tu akan jadi solehah melebihi diri sendiri..” Sekian coretan dari saya.

 

Kredit:- ~Hawa~

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber:https://livenewszone.com/

15 thoughts on “Pelik pkwe Tiba Tiba Ajak Pergi Naik Bukit Tapi Dengan Syarat Kena Pakai Baju Kurung. Akhirnya Haritu Juga Kant0i Sebab Pkwe Dia Minta Pakai Baju Kurung. Rupa Rupanya Ini Yang Dia Nak Buat.”

  1. Pingback: 다시보기
  2. Pingback: pgslot
  3. Pingback: read this
  4. I’m gone to say to my little brother, that he should also visit this blog on regular
    basis to get updated from most up-to-date information.

  5. Hello there, You’ve done an incredible job. I will certainly digg it and personally recommend to my friends.

    I’m confident they’ll be benefited from this website.

  6. Its like you read my mind! You appear to know so much about this, like you wrote
    the book in it or something. I think that you can do with
    some pics to drive the message home a bit, but instead of that, this is great blog.
    A great read. I’ll certainly be back.

  7. It’s really very difficult in this active life to listen news on TV,
    thus I just use the web for that purpose, and take the
    most recent news.

  8. Do you have a spam problem on this site; I also am
    a blogger, and I was curious about your situation; many of
    us have created some nice practices and we are looking to swap solutions with others, please shoot me an email if interested.

  9. This is very interesting, You are an overly professional blogger.

    I’ve joined your feed and look ahead to seeking more
    of your magnificent post. Also, I have shared your web site in my social
    networks

  10. You’re so awesome! I do not think I’ve truly read through anything like this before.

    So wonderful to discover another person with a few original thoughts on this
    subject. Really.. many thanks for starting this up. This web site
    is something that is needed on the web, someone with a bit of originality!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *