Pelakon veteran terkenal, Jaya Bachchan memaklumkan dia tidak menghalang sama sekali jika cucu kesayangannya, Navya Nevali melahirkan anak luar nikah memandang keluarganya mempunyai fikiran yang moden.
Bukan itu sahaja, Jaya yang menyedari dia antara keturunan yang popular di India, dia tidak hairan dengan pendapat orang lain mengenai pendiriannya itu.
Dalam pada itu, Navya tidak melepaskan peluang bertanya kepada neneknya itu mengenai rahsia hubungan bersama atuknya kekal hingga ke hari ini.
Menurut Jaya, meskipun perbuatan tersebut adalah salah sama sekali dan dipandang buruk oleh masyarakat India, dia tetap menerima dan menghormati cucunya itu dalam membuat apa-apa keputusan sama ada mahu berkahwin atau tidak.
“Saya tiada masalah kalau dia nak anak tanpa berkahwin, saya tiada masalah dengan perkara itu,” katanya.
Malah, Navya turut mendedahkan dia tidak mahu untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum dan sentiasa terbuka untuk menceritakan hal peribadi bersama ibu, Shweta Bachchan dan neneknya.
Sumber: India Today
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.