Sejak mendirikan rumah tangga, semakin berseri-seri Puteri Aishah.
Baru-baru ini, pelakon itu ada memuat naik gambarnya bercuti di sebuah pulau peranginan.
Ini kerana semakin seksi selepas berkahwin serta memberi teguran kepada Puteri Aishah.
Kata netizen sepatutnya selepas berumah tangga cara pemakaian lebih elok kerana ada suami yang boleh menegur isteri.
Dalam pada itu, ada yang tampil memberi nasihat kepada Puteri Aishah itu.
Serta mendoakan agar pelakon itu dibukakan pintu hati untuk menutup aurat.
Terdahulu, Puteri mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Firdaus Sulaiman pada 20 November tahun lalu selepas tiga tahun berkenalan.
Menurut Puteri Aishah, suaminya yang juga seorang ahli perniagaan tidak pernah bercinta.
Dan pada awalnya hanya hubangan mereka tidak lebih daripada sekadar kawan.
“Firdaus seorang yang pemalu dan tidak biasa dengan perempuan. Dia tidak pernah bercinta sebelum ini.
Disebabkan sikapnya yang pemalu, jadi kami tidak terus berkenalan sebaliknya hanya bertukar-tukar akaun Instagram.
Dari situ kami mula berhubung,” katanya.
Pandai menyimpan kemas kisah cintanya sehingga tidak pernah diketahui ramai, Puteri Aishah berkata dia sememangnya tidak suka berkongsikan mengenai hal peribadi kepada umum.
“Memang sejak dahulu lagi saya tidak suka berkongsi kisah percintaan dengan umum.
Alhamdulillah, sekarang kami sudah pun bergelar suami isteri,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, Firdaus berkata dia tertarik dengan Puteri Aisha kerana sifatnya yang kelakar.
Dan boleh ‘mengawal’ dirinya serta mengakui isterinya itu adalah cinta pertamanya.
“Kalau saya sedang marah, dia pandai menenangkan dan membuatkan kemarahan saya hilang.
Puteri Aishah adalah cinta pertama saya. Pertama kali melihatnya, saya dapat rasakan dia adalah bakal isteri saya suatu hari nanti,” katanya.
Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you.
I don’t think the title of your article matches the content lol. Just kidding, mainly because I had some doubts after reading the article.