Trending

Gadis Mohon Bantuan Netizen Luah Perasaan kpd Imam Muda Terawih, Sekali ini yg Berlaku

B4 Content

Sejak Sabtu lalu, umat Islam sudah pun mula menunaikan solat tarawih dan lebih seronoknya kali ini jemaah sudah boleh merapatkan saf.

Baru-baru ini, tular perkongsian di aplikasi TikTok oleh seorang gadis yang memberitahu dia jatuh hati dengan imam terawih.

Paragraf 2

Menurutnya, dia setiap hari menunaikan solat jemaah di surau berkenaan dan ada hati dengan imam tersebut yang hari-hari mengimamkan solat.

Malah, gadis itu berkata setiap hari dia akan datang awal untuk melihat imam berkenaan dari jauh.

Bagaimanapun, gadis itu berkata dia merasakan tidak layak untuk berkenalan dengan imam tersebut apatah lagi dia hanya orang biasa.

Jelas gadis itu lagi, dia jatuh cinta dengan suara imam tersebut yang merdu ketika mengimamkan jemaah.

Dalam pada itu, gadis itu juga turut meminta bantuan daripada netizen adakah dia perlu meluahkan perasaan pada imam berkenaan.

Sementara itu, pada kapsyen video tersebut dia turut memohon maaf seandainya imam berkenaan sudah pun berpunya.

Perkongsian gadis itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mungkin itu salah satu sebab kenapa kaum wanita perlu menunaikan solat terawih di rumah.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan kebanyakan imam muda ramai yang sudah berkahwin.

Malah, ada yang menitipkan nasihat supaya jangan terlalu cepat jatuh cinta kerana belum tentu serasi.

SUMBER: TikTok

2 thoughts on “Gadis Mohon Bantuan Netizen Luah Perasaan kpd Imam Muda Terawih, Sekali ini yg Berlaku”

  1. Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *