Dalam situasi seperti sekarang ini, kelas pengajian masih lagi diteruskan secara online sahaja. Tak dapat dinafikan, kelas online seperti ini tentunya mempunyai pelbagai cabaran berbeza dengan kelas yang dilakukan secara fizikal.
Macam yang dikongsikan pelajar ini tentang situasi yang berlaku di dalam kelas online mereka baru-baru ini. Salah seorang rakan sekelasnya tidak dapat hadir ke kelas dan mempunyai alasan yang diluar jangkaan ramai.
Di dalam video yang dikongsikan, gadis ini memberitahu salah seorang rakan mereka tidak dapat menghadiri kelas online. Sekaligus membuatkan pensyarah mereka meminta pelajar tersebut untuk memberikan alasan mereka.
Pelajar lelaki ini kemudian memberitahu dia tidak dapat hadir ke kelas online itu gara-gara kambing peliharaannya yang bersalin. Apa yang menarik perhatian ialah pensyarah itu kemudian memintanya bergambar bersama anak kambing itu sebagai bukti.
Walaupun ianya kedengaran lucu, pelajar lelaki itu kemudian mengambil gambar tersebut dan menunjukkan kambing yang dijaganya itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat kejadian yang dikongsikan ini. Ada juga yang memuji sikap jujur yang ditunjukkan pelajar itu walaupun alasannya itu kedengaran lucu dan luar biasa.
“Sangat jujur bagus sekali…”
“Kambing bers4lin pun sanggup tak datang kelas, apatah lagi nanti kalau isteri bers4lin…”
“Orang cakap lebih baik jujur.”
“Nasib tak men1pu, kalau tak jenuh nak kena cari anak kambing.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber : HCL