KULIM: Padah berdua-duaan dalam sebuah bilik, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditangkap berkhalwat bersama pasangannya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Kenari di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Turut ditahan, dua lagi pasangan berusia antara 19 hingga 20-an dalam bilik berasingan dalam rumah itu manakala seorang wanita pula ditemui berada di ruang tamu.

Semasa disiasat, remaja perempuan ituย mengaku baharu berkenalan dengan pasangannya berusia sekitar 20-an menerusi aplikasi WhatsApp sebelum mengikut lelaki itu tinggal di rumah berkenaan.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkataย pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat di rumah itu dan bergegas ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

Beliau berkataย pihaknya yang turut dibantu jemaah surau taman perumahan itu kemudian membuat pemeriksaan di rumah berkenaan dan mendapati pintu tertutup.

โ€œSebaik mengetuk pintu dan memberi salam, rumah itu dibuka salah seorang penghuni rumah berkenaan dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.โ€

โ€œHasil pemeriksaan menemui tiga lelaki dan empat wanita iaitu tiga pasangan ditemui dalam bilik berasingan manakala seorang wanita berusia 20-an pula ditemui berada di ruang tamu rumah berkenaan,โ€ katanya.

Anwar Sharifudin berkataย lebih memeranjatkan apabila remaja perempuan yang masih bersekolah dan berusia 14 tahun itu didapati tinggal diย dalam sebuah bilik bersama pasangannya.

Beliau berkataย seorang lagi wanita yang ditahan itu baharu selesai pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam, IPTA; seorangย lagi bekerja di sebuah kilang manakala seorang lagi tidak bekerja.

โ€œSeorang lelaki yang ditahan itu pula bekerja di sebuah kilang manakala dua lelaki lagi bekerja sebagai pembantu restoran makan di daerah ini.ย Mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen atau bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki berkhalwat,โ€ katanya.

Anwar Sharifudin berkataย wanita yang ditemui di ruang tamu rumah itu turut ditahan untuk diambil keterangan selepas mendakwa teman lelakinya ketika itu keluar bekerja.

Beliau berkataย ketika disoal siasat,ย ada yang mengaku berkenalan di tempat kerja, melalui WhatsApp dan ada yang baharu berkenalan melalui rakan.

Katanya, kesemua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPDย Kulim untuk dibuat laporan tangkapan.

โ€œKes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,โ€ katanya.