Kertas Siasatan Didakwa Tak Lengkap

KOTA KINABALU:
Pasukan peguam mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina mempersoalkan tindakan pihak polis yang tidak mengambil pakaian dan barang peribadi mangsa sebagai bahan bukti, walaupun siasatan masih berlangsung dan kematian Zara mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat.

Menurut peguam Ismail Hamid dan Shahlan Jufri, semua pakaian yang dipakai arwah ketika ditemui telah diserahkan semula kepada keluarga oleh pihak hospital dan kini disimpan oleh wakil NGO.

โ€œSepanjang pengalaman kami, polis biasanya akan merampas pakaian mangsa untuk siasatan, lebih-lebih lagi dalam kes berunsur jenayah,โ€ tegas peguam berkenaan.


๐Ÿ˜” Tiada Bedah Siasat, Tapi Kes Sudah Diserah Ke Peguam Negara

Lebih mengejutkan, pihak peguam turut mendedahkan bahawa tiada bedah siasat dilakukan ke atas jenazah Zara sebelum dikebumikan, namun kertas siasatan telahpun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Tindakan itu menimbulkan persoalan besar โ€” bagaimana siasatan boleh dianggap lengkap tanpa pemeriksaan forensik menyeluruh?


๐Ÿ“ Tuntutan Keluarga โ€“ Inkues & Bedah Siasat Segera

Peguam memohon agar Perdana Menteri campur tangan, dengan menasihati Peguam Negara supaya:

  • Mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk dilengkapkan,
  • Menjalankan inkues kematian dan bedah siasat bagi mencari kebenaran yang sebenar.

๐Ÿงฉ Apa Sebenarnya Berlaku Pada Zara?

Kematian remaja ini masih menjadi misteri. Keluarga percaya terdapat banyak kecuaian dan unsur yang belum dibongkar. Rakyat mula bertanya:
Kenapa pakaian tidak dirampas?
Kenapa tiada autopsi?
Siapa yang cuba tutup cerita?


#KeadilanUntukZara #UsahDiam #BongkarKebenaran #KamiBersamaZara