PETALING JAYA – Ibarat luka lama masih berdarah, adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah tidak akan memaafkan individu yang pernah bersikap biadab terhadap keluarganya.
Terdahulu, Sharnaaz mendedahkan kepada media bahawa dirinya tidak pernah menyimpan dendam terhadap Shila yang pernah menjadi kekasihnya suatu ketika dahulu.
“Kami tak pernah bermusuh. Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia,” kata Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37.
Pelakon drama rantaian, Suamiku Encik Sotong itu juga memaklumkan tidak menolak andai jodoh dengan Shila kembali bertaut.
“Kita tak boleh menghalang orang mendoakan. Jadi, saya terima sahaja (doa).
“Yang tentukan hanya Allah. Terima kasih yang mendoakan, saya tak boleh ramal masa depan.
Kalau ada, ada. Kalau tiada, kita nak buat macam mana. Pintu hati saya sentiasa terbuka untuk semua orang yang akan hadir dalam hidup,” katanya.
Sharnaaz pernah bercinta dengan Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah pada 2011 hingga 2013.
Namun hubungan terputus di tengah jalan kerana tidak mendapat restu keluarga Shila. – KOSMO! ONLINE
3 thoughts on “‘Tak Mungkin Sy Lupa, Awk Panggil Mak Saya PeIacvr, Kakak Saya JaIang, Keluarga Saya Baruua’”