Trending

“Pancut je air maani, terus sediakan duit..” Suami Ustazah juga Sokong Ustazah Kata Lelaki Dayus

B4 Content

KENYATAAN kontroversi pendakwah bebas, Siti Afifah Shahbudin mengenai aurat wanita yang bersalin menggunakan khidmat doktor lelaki terus hangat menjadi perdebatan netizen.

Suami kepada pendakwah berkenaan iaitu Ustaz Zaidi Tohirin turut senada dengan isterinya apabila tampil menyelar golongan suami yang membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka.

Paragraf 2

“Sampai seteruk itu kamu letakkan maruah isteri kamu. Bidadari kamu di dunia ini kamu buat macam tu.

Pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon, dia kata bini dia nak bersalin, doktor minta duit RM10,000 dekat ustazah.

“Eh kamu lelaki, kamu suami, kamu bertanggungjawab. Waktu kamu bersama dengan isteri kamu di malam pertama, apakah kamu tidak terfikir akan ada anak?

Jangan sedapnya saja kamu ambil. Hey lelaki, dayus kamu!

“Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu tu, sembilan bulan Allah beri tempoh untuk kamu bersiap sedia memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.

“Hanya dikenakan beberapa ringgit saja kamu sanggup serahkan maruah ya,” ujarnya dalam nada tegas menerusi video yang kini tular di aplikasi TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam rakaman berkenaan, pendakwah itu turut menyelar golongan suami yang didakwa enggan bersusah-payah demi isteri yang mahu melahirkan cahaya mata mereka.