Trending

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

B4 Content

NIAT mereka sekadar ingin meluangkan masa bersama setelah setahun tidak berjumpa, namun siapa sangka perkelahan mereka bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka hampir maut akibat digigit semut.

Bercakap kepada mStar, Hasnoor Hashim atau lebih mesra dipanggil Elly berkata, kejadian berlaku di Pantai Moknik (Monica Bay) Kemaman, Terengganu, pada Ahad lepas (Oktober 3).

Paragraf 2

Jelasnya, mereka hanya sempat meluang masa sekitar 30 minit sebelum rakannya yang digigit semut-semut tersebut, Nora Lee, 22, mula menunjukkan simptom alahan teruk.

“Kami decide nak lepak dalam 30 minit je sebab nak hujan, tapi dalam 20 minit lepas tu kawan saya dah mula kena gigit masa kami duduk bawah pohon rhu dekat tepi pantai.

“Masa kena gigit tu dia naik bekas macam kena gigit nyamuk, dia tunjuk pada saya mula-mula kecik, lepas tu bekas tu makin besar dan merah.

“Lepas 10 minit mata dia mula berair, masa tu dia ingat sebab makan makanan pedas tapi saya beritahu dia yang makanan tu tak pedas pun,” ceritanya yang bekerja sebagai jurusolek.

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

Nora dan Sara (kanan) sudah setahun tidak bertemu.

Keadaan bertambah kritikal apabila Nora mula rasa tekaknya semakin sempit dan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Dia beritahu saya tekak dia rasa sempit, leher dia gatal, lepas tu saya tengok muka dia dah start naik bintik-bintik gatal padahal selama ni muka dia licin.

“Bintik-bintik tu sampai membuatkan muka dia jadi bengkak, bintik tu dari dalam kulit, memang nampak dia keluar satu-satu,” terangnya.

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

Muka Nora naik bintik-bintik gatal.

Menurut Elly, sahabatnya itu mula tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

“Allah je tahu, masa tu saya pegang anak dekat depan dan suami saya yang drive, Nora di belakang garu-garu mata dia yang dah merah.

“Setiap masa saya tanya dia okay tak? Dia sempat cakap ‘kak nasib baik tak kena pada anak-anak’ sebelum dia pengsan.

“Masa dia pengsan saya tak berhenti tengok dia, check nafas dia memang boleh nampak nafas dia tersekat-sekat,” katanya.

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

Nora tidak sedarkan diri.

Selain Elly dan Nora, perkelahan tersebut turut di sertai suami Elly, sepupu suaminya, adik Elly dan tiga anak Elly.

Menurut Elly, dia bersyukur mereka sempat bawa Nora segera ke hospital sebelum berlaku perkara yang lebih buruk.

“Sebenarnya Nora sempat tolong kami kemas-kemas masa tu memang nak balik, ingatkan nak hantar dia balik sebab ingat tak serius.

“Tapi dia cakap tak tahan dah, jadi kami buat keputusan untuk bawa dia ke bahagian kecemasan, Hospital Besar Kemaman.

“Kalau saya hantar dia balik mungkin saya akan menyesal seumur hidup sebab doktor cakap kalau lambat hantar dia ke hospital dia boleh meninggal,” jelasnya.

Video,

Komen Netizen,

video last tu effect muka dia lepas kena tu..mate dia jd meroh berair sapa xnpk mate putih..kulit dia jadi bengkak bintik2..pdhl kulit dia lawo

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

semut charlie rasenye..sebab semut tu boleh bawak kematian

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

semut ipoh tu sbb kwsan dia di pantai dan tempat² yg dekat dgn air…biasa jumpa dkt tempat org wak naik ikan kat² jeti org wak naik ikan

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

Mgkin semut selangor. Sbb semut tu sgt berbisa

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

Org tua2 cakap…klau kena better bgi mandi ayaq laut…sbb racun kalah sma garam….

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan

(Gambar File) Semut api atau Fire Ant yang dikatakan mengigit Nora. (Kredit Alex Wild)

Nora dimasukkan ke hospital selama dua hari dan menurut doktor semut api atau Fire Ant yang mengigitnya sememangnya sangat berbahaya.

“Sampai dekat kecemasan doktor kejut dia tak sedar, dia rebah, bila doktor buka baju dia penuh dengan bintik-bintik merah.

“Doktor beritahu yang dia alah teruk sangat dan kalau lambat dibawa ke hospital boleh ragut nyawa,” katanya yang dia masih trauma susulan kejadian tersebut.

Jelasnya, mereka semua tidak sedar bahawa semut terbabit berbahaya.

“Memang kita nampak semut tu merayap atas tikar, ada dalam 10 ekor lepas tu Nora penyek dengan jarinya, itu yang kena gigit,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

9 thoughts on “Padah Penyet Semut Api, Perkelahan Bertukar Tragedi Wanita Hampir M4ut, Sesak Nafas Sampai Pengsan”

  1. Pingback: togel macau
  2. Pingback: link
  3. Pingback: ks quik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *