Trending

Akhirnya Nurulhidayah Bongkar Bainun Bukan Sahaja Rapat, Malah Pernah Bercinta dgn Adik

B4 Content

SELEPAS menafikan dakwaan kononnya tertuduh bagi kes penderaan remaja sindrom down, Siti Bainun Ahd Razali merupakan ‘anak angkat’ kepada keluarganya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi tampil membuat pendedahan bagi menangkis tuduhan warganet.

Paragraf 2

Menurut anak kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu, dia mengakui hubungan keluarganya dengan tertuduh sememangnya pernah rapat.

Screenshot daripada whatsapp saya dengan OKT diharap dapat menjelaskan keadaan yang saya juga telah ditanya oleh OKT ‘Kak Long ada personal issue dengan saya ke?!’ setelah satu posting dibuat pada tahun lepas di IG saya berkenaan Bella.

Akhirnya Terbongkar Bainun Bukan Sahaja Rapat, Malah Pernah Bercinta dgn Anak Zahid Hamidi

Nurulhidayah berkongsi ‘screenshot’ perbualannya dengan tertuduh tahun lalu.

“Saya tidak memaksa untuk sesiapa mempercayainya. Tetapi cukuplah saya menjelaskan kami sekeluarga tidak pernah melindungi OKT,” tulis anak Presiden Umno itu lagi.

Sementara itu dalam satu hantaran berasingan, Nurulhidayah turut menjelaskan panjang lebar bagaimana hubungan rapat keluarganya dengan tertuduh terjalin, terutama dengan adik lelakinya.

“Mengenali OKT pada suatu ketika dahulu, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan.

“Ketika ini OKT adalah salah seorang pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja sokongan di Ibu Pejabat Umno.

Dalam majlis tersebut semua kakitangan pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Ibu Pejabat Umno turut hadir sebagai tetamu.

Akhirnya Terbongkar Bainun Bukan Sahaja Rapat, Malah Pernah Bercinta dgn Anak Zahid Hamidi

Foto yang tular di media sosial memaparkan Siti Bainun bergambar bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, isterinya dan beberapa individu lain.

Being me, saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ atau ‘match make’ adik bongsu saya dengan OKT. Adik saya seorang yang sangat baik, sangat rapat dengan keluarga dan tidak pandai bergaul dengan perempuan (agak pemalu).

“Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka jadi rapat,” kongsinya.

Walaubagaimanapun, hubungan adik lelakinya dengan tertuduh didakwa bermasalah ekoran beberapa isu.

Nurulhidayah bagaimanapun tidak memperincikannya namun menegaskan dia menentang perhubungan berkenaan.

“Saya menasihati adik saya agar lupakan hubungan yang ‘toksik’ seandainya tiada sefahaman dan rasa saling menghormati.

“Tak timbul cerita ‘hampir’ kahwin kerana saya dan adik perempuan saya benar-benar menentang perhubungan itu setelah beberapa isu yang berlaku,” kongsinya lagi.

Dalam perkongsian tersebut juga, Nurulhidayah menegaskan pendedahan yang dilakukan tidak bermaksud untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Akhirnya Terbongkar Bainun Bukan Sahaja Rapat, Malah Pernah Bercinta dgn Anak Zahid Hamidi

Kes penderaan Bella menjadi perhatian rakyat Malaysia ketika ini.

“Sebagai anak, saya wajib mempertahankan maruah keluarga saya dari terus tercalar.

“Sejujurnya, keluarga kami tidak pernah melihat latar belakang sesiapa sahaja yang ingin mendekati kami. Kaya, miskin, cacat atau sempurna semua kami santuni.

“Cukuplah saya nyatakan, saya merasa dikhianti. Hanya Allah sebaik-baik pelindung,” tulisnya lagi.

3 thoughts on “Akhirnya Nurulhidayah Bongkar Bainun Bukan Sahaja Rapat, Malah Pernah Bercinta dgn Adik”

  1. Pingback: fn 509 compact
  2. Pingback: Web Hosting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *