Sebelum ini Nubhan pernah menyatakan bahawa dia telah pun berjumpa keluarga Dr Afifah.
“Berat sebenarnya untuk saya lalui, tapi bukan semua orang mahukannya. Saya sudah fikir perkara ini lama. Bila dia (isteri) dakwa tidak tahu punca diceraikan, saya rasa itu mustahil. Tak mungkin dia tak tahu sebabnya.
“Saya juga pernah berbincang dengan isteri, malah berjumpa dengan ayahnya untuk mendapatkan nasihat. Saya turut menemui mak cik kepada isteri dan pertemuan kami bukan sekali dua.”
Doa Dr Afifah
Tidak berdiam diri, ISTERI kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu status penuh makna di platform Threads miliknya.
Dalam perkongsian ringkas namun sarat dengan emosi itu, Dr Afifah menulis doa yang berbunyi:
โYa ALLAH, kuatkanlah imanku, jauhkan aku dari kelemahan dan putus asa, dan penuhilah hatiku dengan sabar dan reda.โ
Ungkapan berbaur ketabahan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar dia terus kuat menghadapi dugaan rumah tangga.
Walaupun tidak mengulas lanjut mengenai hantaran berkenaan, rata-rata netizen menyifatkan perkongsian itu sebagai tanda kekuatan dan kebergantungan Dr Afifah kepada Tuhan dalam mencari ketenangan serta reda dengan ketentuan Ilahi.
