Hiburan

Norman Hakim terharu, dah merasa duit belanja daripada anak

B4 Content

Kuala Lumpur: Pelakon Norman Hakim, 45, terharu apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 17, memberikan wang hasil titik peluh kepadanya sebagai duit belanja.

Norman berkata, dia mulanya tidak sampai hati menerima pemberian ini kerana Danish belum mempunyai pendapatan yang tetap.

Paragraf 2

“Saya akhirnya akur untuk terima atas kapasiti apa yang saya pernah buat dengan ibu bapa sebelum ini. Saya tak nak dia kecil hati dengan tindakan saya.

“Saya tak pernah ajar anak untuk balas apa yang diberikan. Tapi dari kecil dia nampak apa amalan yang saya selalu buat.

“Saya ikut apa yang ibu bapa saya buat pada ibu bapa mereka (datuk dan nenek) jadi perkara ini bagaikan satu tradisi,” katanya kepada Harian Metro.

 

Perkongsian video berkenaan perkara ini dibuat Norman di Instagramnya dan ia mendapat reaksi positif daripada ramai pengikutnya.

Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan oleh kerajaan ada hikmahnya apabila Danish yang sepatutnya menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menggunakannya untuk mencari wang.

 

Anak sulung Norman dan bekas isteri, Abby Abadi, Danish.

 

“Proses pembelajaran sekarang berjalan secara online. Selain jadi ‘influencer’ Danish turut gunakan platform media sosialnya itu untuk membuat sesuatu.

“Sebelum ini, dia belajar al-Quran dan sudah khatam beberapa kali. Malah, Danish juga berjaya tamatkan hafazannya dalam banyak surah. Kemudian, dia tergerak hati untuk mengajar mengaji bermula pada Jun tahun lalu menerusi platform ‘online’.

“Sebelum ini, dia menang suka mengikuti kelas mengaji menerusi ‘online’ yang sedia ada. Sambil belajar, dia juga ada keinginan mengajar,” katanya.

Norman berkata, dia pernah menasihatkan Danish supaya menyimpan wang, tetapi anaknya itu sudah membuat pembahagian sendiri termasuk memberikan wang kepadanya dan mamanya, Abby Abadi.

“Dia percaya kepada konsep taddabur al-Quran iaitu apabila bagi orang, rezekinya akan bertambah lagi. Perkara ini terdapat dalam Surah Al-Baqarah Ayat 261-262.

“Platform D’NGAJI Official bukan sahaja disertai oleh rakyat Malaysia, malah juga oleh rakyat Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat. Ada keluarga Malaysia yang menetap di luar negara pun mengaji dengannya.

“Itu yang buat pendapatannya bertambah. Dia ada ‘rate card’ mengajar dan raih pendapatan dari situ,” katanya.

Menurutnya, Danish akan mula mengajar mengaji selepas Asar sehingga jam 12 tengah malam.

“Kadangkala dia mengajar sampai jam tiga pagi. Saya terkejut dan tanya kenapa sampai begitu sekali, rupa-rupanya dia mengajar pelajar di luar negara.

“Dia jana pendapatan dan bagi balik pada masyarakat. Danish kerap bagi sumbangan kepada masyarakat.

“Pada usia 17 tahun, dia beri duit pada ibu bapa dikira dahsyat. Tak kisahlah berapa jumlahnya kerana yang penting ialah ingatannya,” katanya.

 

Selain Danish, perkahwinan Norman dengan bekas isterinya Abby Abadi pada 2002 turut dikurniakan Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Sumber: Metro

5 thoughts on “Norman Hakim terharu, dah merasa duit belanja daripada anak”

  1. Pingback: MPoker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *