KUALA LUMPUR – Seorang wanita bergelar nenek diberkas dipercayai menawarkan khidmat seks dalam serbuan di sekitar Bukit Bintang pada Sabtu.

Individu terbabit disyaki menjalankan kegiatan pelacuran jalanan di sekitar lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, operasi berkenaan dijalankan menerusi Ops Noda bermula kira-kira jam 11.30 malam.

“Serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Turut dirampas ketika serbuan adalah lapan keping kondom, wang tunai berjumlah RM3,720, empat telefon bimbit, paket tisu basah, gel pelincir dan anak kunci,” katanya pada Ahad.

Menurutnya, siasatan mendapati tawaran khidmat pelacuran itu bermula dengan harga sekitar RM100.

“Siasatan mendapati suspek akan menawarkan harga bagi khidmat seks yang diberikan sebelum pelanggan dibawa ke bilik penginapan yang disewa suspek di bilik hotel bajet sekitar Bukit Bintang.

“Kegiatan pelacuran dipercayai dijalankan suspek ini bermula dari jam 5 petang hingga 3 pagi.

“Suspek dipercayai memberi khidmat seks kepada dua hingga tiga orang dalam satu masa selain menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada warga asing,” katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.