Nelayan hilang rupa-rupanya pergi ke rumah
Trending

3 Hari Hilang Tanpa Jejak, Bomba Terpaksa Hentikan Pencarian, Kantoi Rupanya Nelayan Pergi ke Tempat ini

B4 Content

MISI selama tiga hari dalam mencari seorang nelayan yang dilaporkan “hilang” di perairan Kudat, utara Sabah berakhir pada Ahad.

Paragraf 2

Pada 27 Januari, isterinya memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa lelaki yang berusia 54 tahun itu gagal dikesan.

Rupa-rupanya, nelayan itu berada dalam keadan baik dan sedang menetap di rumah saudaranya.

Dia sedang menetap bersama saudara-mara di Kampung Rosob.

Sebelum ini, dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) berlainan di Kudat, telah diteruskan bagi mengesan seorang lagi nelayan.

Ia setelah mayat rakannya dijumpai di perairan Kampung Selamat, Pulau Balambangan sini semalam.

Mangsa Kamri Kail, 51, dan Laurun Maujun, 53, telah keluar memancing dengan menaiki sebuah bot kayu di sekitar kawasan perairan antara Kampung Limbuak Laut dan Pulau Balambangan pada Sabtu lebih kurang jam 8.00 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata operasi diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu.

Ia setelah menerima aduan dua orang pemancing dikhuatiri hilang.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan masih belum pulang sehingga aduan diterima 10.58 pagi kelmarin…

“Pada lebih kurang jam 3 petang semalam, mayat mangsa Laurun Maujun telah ditemui oleh penduduk kampung .

“Mayat mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kerakit, Pulau Banggi untuk tindakan lanjut oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” katanya dalam sebuah kenyataan tadi.

Katanya usaha-usaha pencarian masih diteruskan dengan dikoordinasikan Maritim Malaysia dan turut dibantu oleh Agensi sahabat seperti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin telah mengatur gerak dua aset masing-masing dalam melaksanakan OP CARILAMAT ini…

“Komuniti maritim dinasihatkan berwaspada dan menangguhkan dahulu aktiviti laut susulan keadaan cuaca buruk serta angin kencang yang melanda perairan Kudat pada masa ini,” katanya.

The Star.

5 thoughts on “3 Hari Hilang Tanpa Jejak, Bomba Terpaksa Hentikan Pencarian, Kantoi Rupanya Nelayan Pergi ke Tempat ini”

  1. Pingback: พอต

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *