Tindakan penyanyi yang sudah bebas kanser, Elyana memuat naik sekeping foto di laman Instagram mengundang tanda tanya orang ramai terutama peminatnya.
Foto tersebut memaparkan dirinya mengenakan ‘hoodie’ dan berseluar jeans yang mempunyai beberapa bahagian terkoyak, namun tidak lagi memakai tudung.
Sebelum ini, dia meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang dikatakan sering mengungkit penyakit kanser limfoma dihidapinya dengan doa dipohon sebelum ini.
“Biasalah tu, manusia”
Masa sakit nanti, ingat la Tuhan ..
Elyana Kecewa
Bukan itu sahaja, Elyana juga kecewa apabila didakwa kononnya cuba meraih simpati atau publisiti dengan menggunakan penyakit tersebut selain menyifatkan teguran netizen agak biadab.
Namun begitu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal yang mula tampil berhijab ketika memulakan rawatan kanser belum memberi penjelasan berhubung foto terbaharu itu setakat ini.
Pada Disember tahun lalu, penderitaan Elyana berakhir apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit berkenaan yang ditanggung selama 11 tahun.
Sumber: Instagram Elyana