Selepas dua bulan melahirkan anak keempatnya, usahawan kosmetik Kak KM mengadakan majlis aqiqah, kesyukuran dan cukur jambul di kediamannya hari ini.
RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Bagaimanapun, penampilan Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengundang kutukan dan teguran netizen di aplikasi TikTok yang disifatkan kurang sesuai dalam majlis berkenaan.
Menerusi video dimuat naik, anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu tampil menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah.
Disebabkan penampilan tersebut, rata-rata memenuhi ruangan komen mempersoalkan fesyen ‘terbelah’ Kak KM apatah lagi majlis itu dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir.
Malah, terdapat juga segelintir individu berseloroh mengatakan busana berkenaan mungkin tidak sempat disiapkan atau sesuai bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
Tonton video SILA KLIK SINI
Sumber:Omm, TikTok @sweetdara_stokiskmbeauty , Instagram @kmfavourite.testimoni
1 thought on “Netizen Kvtuk Baju Kak KM, Dah Macam Apa Tah Pergi Majlis Aqiqah “Takde baju lain dah ke..””