Trending

Marah Dgn Adegan Panas yg Ditayangkan di Ramadhan, Kata² Menteri Agama ini Buat Penerbit dan Pelakon Terciduk

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video babak panas yang dilakonkan oleh pelakon Zul Ariffin sehingga mengundang kecaman teruk.

Apa yang lebih mengejutkan drama tersebut bakal ditayangkan di televisyen untuk tontonan bulan Ramadan.

Menerusi video tersebut, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa.

Lebih menjadi perhatian, turut memaparkan babak dimana Zul Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan.

Malah, terdapat babak agak mengghairahkan dimana Hariesa menyuap ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Perkongsian video tersebut ternyata mengejutkan ramai serta rata-rata netizen menyifatkan babak yang dilakonkan itu agak keterlaluan dan seperti filem lvcah.

Menteri Agama Marah

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad yang mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya.

Mengakui terkejut dengan babak dalam drama tersebut, beliau tidak menyangka babak drama tular itu akan ditayangkan pada bulan Ramadan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Idris Ahmad (@ustaz.idrisahmad)

Ujarnya, hiburan tidak dihalang dalam Islam namun jika ianya melampaui batas dan boleh mencemarkan agama ianya tidak boleh dibiarkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan menghubungi segera pihak terbabit untuk memberikan nasihat supaya perkaraitu dapat ditegah.

Menerusi entri itu juga, Datuk Ustaz Idris sempat menitipkan nasihat kepada umat Islam untuk bersiap sedia menghadapi bulan Ramadan yang mulia.

Tidak kurang juga, ramai yang mempersoalkan bahawa babak yang dipaparkan itu tidak sesuai dengan orang Islam apatah lagi sudah menghampiri bulan Ramadan. Setakat ini, video tersebut mendapat hampir 1 juta tonanan dan beribu komen.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan cubaan menghubungi Zul bagi mendapatkan komennya mengenai perkara itu tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *