Trending

Tiktoker Popular ini Teruk Terima Padah, Review Makanan Dgn Cara Menghiina dan Mengeluarkan Kata² Kesat

Tular di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu mengenai perniagaan pencuci mulut yang diusahakan pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Kieda.

Boleh dikatakan, perniagaannya itu sangat laku sehinggakan ramai yang sanggup untuk beratur berjam-jam lamanya semata-mata ingin merasa setiap daripada pencuci mulut yang dijualnya.

Dapat review dari seorang pelanggan

Meskipun perniagaannya itu mendapat sambutan yang hangat dan memberangsangkan namun, tular pula satu video live dibuat seorang lelaki bersama beberapa orang rakannya memberikan pandangan terhadap beberapa pencuci mulut yang dibeli mereka daripada Kieda Crepe.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik semula pengguna TikTok bernama twinschekeika, lelaki tersebut dilihat mengecam hampir kesemua pencuci mulut yang dibelinya.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut juga menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya setiap kali dia mencuba pencuci mulut tersebut.

Perlu ke cakap macam itu?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu sambil mendakwa lelaki itu cuba untuk menjatuhkan perniagaan dan periuk nasi orang lain.

Tiktoker Popular ini Teruk Terima Padah, Review Makanan Dgn Cara Menghiina dan Mengeluarkan Kata² Kesat

Macam ada yang tak kena kan? Boleh dikatakan semua makanan yang dia cuba tu dia kata tak sedap. Korang rasa macam mana?

Kredit: TikTok kiedacrepe | TikTok twinschekeika