Media sosial sememangnya satu medan untuk setiap orang bebas memuat naik apa sahaja bagi tatapan umum.
Perkongsian-perkongsian tersebut nyata membolehkan mereka mendapat perhatian baik secara positif ataupun negatif.
Video tersebut juga dimuat naik semula oleh individu lain di Twitter dengan menyertakan rasa kurang senangnya dengan kenyataan yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.
Dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika bertemu dengan pharmacist seperti gadis tersebut ketika mahu membeli pil mencegah kehamilan.
Rata-rata berpendapat bahawa apa yang dilakukannya melanggar etika sebagai pegawai perubatan.
Ini kerana tak semua yang membeli pil tersebut merupakan pasangan yang belum berkahwin.
Ramai meroyan pic.twitter.com/3og0JsW2Rp
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) January 27, 2022
Netizen juga mempersoalkan mereka sebagai pegawai perubatan yang seharusnya lebih peka tentang pil tersebut serta kesan sampingan kepada pengguna daripada sibuk menguruskan hal peribadi orang lain.
Difahamkan, ada pihak yang telah membuat aduan berkenaan etika pelajar tersebut kepada pihak pengurusan kolej.
Walau bagaimanapun, hal ini masih lagi menjadi perdebatan di media sosial kerana beranggapan perkara sebegitu tidak harus dijadikan konten untuk meraih perhatian.
Sumber: Twitter glowinputaa, TikTok @oveeya13