Trending

Membebel di TikTok, remaja 17 tahun mampu beli Velfire

B4 Content

IMPAK populariti yang diraih menerusi TikTok, seorang pelajar membuktikan bahawa aplikasi itu mampu menjana wang jika dimanfaatkan sebaiknya.

Menurut Nurin Lofa Adrianna Kirana, 17, hasil ulasan berbayar yang dibuat selama ini, dia sudah berjaya membeli dua buah kereta.

Paragraf 2

Pada tahun lalu dia membeli sebuah kereta terpakai keluaran tempatan dan pada minggu lepas dia sekali lagi tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah Toyota Vellfire.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Nurin mengakui sama sekali tidak menyangka rezekinya cukup murah sejak menyertai TikTok pada Ogos tahun lalu.

“Saya sudah beli sebuah kereta terpakai tahun lepas. Ini kereta kedua. Paling banyak saya dapat tentunya menerusi paid review.

“Memang tak sangka sangat, masa pertama kali buat review saya pun tak yakin. Saya buat pun sebab ada orang minta.

 

Nurin aktif di TikTok sejak Ogos tahun lalu.

“Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan pelanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan,” ujarnya yang memiliki 746,000 pengikut di TikTok.

Mesra disapa Nurin, dia yang mengikuti pengajian secara ‘home school’ mendedahkan kehidupannya berubah sekelip mata kerana TikTok.

Malah, ia sekaligus membuktikan kepada mulut-mulut jahat yang menghinanya selama ini bahawa dia juga boleh berjaya.

Saya cuma nak cakap, yang mana kec4m atau sokong saya… terima kasih.

NURIN

“Dulu kereta umi saya sangat nazak. Ada orang kat sekolah yang ejek, hina kereta tu. Sebab tu saya beli sebuah kereta terpakai tahun lepas.

“Rasa macam tak percaya benda tu berubah sekelip mata. Sebelum ni pun, bilik saya berlantaikan tikar getah je.

“Tapi bila naik macam ni, saya tengok sekeliling saya berubah. Alhamdulillah boleh tanggung keluarga juga,” ujarnya.

 

Nurin bergambar dengan kereta baharu miliknya.

Kata Nurin yang popular kerana video membebel di TikTok, aplikasi itu boleh menjana wang jika digunakan dengan betul.

“Walaupun saya selalu buat video membebel, saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul.

“Saya cuma nak cakap, yang mana kec4m atau sokong saya… terima kasih. Apa sahaja yang dikec4m, saya ambil positif,” ujarnya lagi.

 

Nurin sebelum ini pernah menjadi m4ngsa berita kem4t1an palsu.

Untuk rekod, Nurin sebelum ini pernah mendapat liputan mStar apabila ada pihak tidak bertanggungjawan menyebarkan berita kem4t1an palsu melibatkan dirinya di media sosial.

Menerusi laporan pada 6 Disember lalu, dia kecewa apabila hal sensitif itu menjadi bahan jenaka individu tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kekec0han ramai.

Sumber: mStar

10 thoughts on “Membebel di TikTok, remaja 17 tahun mampu beli Velfire”

  1. 972299 773363Its a shame you dont have a donate button! Id without a doubt donate to this brilliant weblog! I suppose for now ill settle for book-marking and adding your RSS feed to my Google account. I appear forward to fresh updates and will share this blog with my Facebook group. Chat soon! 522639

  2. 191194 916561Hello! I just wish to give an enormous thumbs up for the excellent information you might have correct here on this post. I can be coming once more to your weblog for far more soon. 105182

  3. 705036 106966You wouldnt feel it but Ive wasted all day digging for some articles about this. You may be a lifesaver, it was an exceptional read and has helped me out to no finish. Cheers! 167741

  4. Wow, awesome weblog layout! How lengthy have you been running a blog for?
    you made running a blog look easy. The whole glance of your web site is magnificent, as
    well as the content! You can see similar here sklep online

  5. Hi there! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?

    I’m trying to get my website to rank for some targeted keywords
    but I’m not seeing very good results. If you know of any please share.

    Appreciate it! I saw similar text here: Backlink Portfolio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *