SELEPAS isu harga ikan sikap, sotong dan sayur kailan ikan masin yang tidak masuk akal, kali ini timbul pula hidangan udang menimbulkan rasa kurang puas hati pelanggan.
Walaupun harga masakan udang boleh dikatakan tinggi, namun apa yang menjadi pertikaian adalah bilangan udang berkurangan sebaik dihidangkan ke meja pelanggan.
Antara hidangan yang dimakan Yana Ismail bersama keluarga.
Yana berkata, jumlah udang yang sedikit itu membuat dia mudah mengingatinya sebaik hidangan dihantar ke meja.
Foto kiri suami dan bapa Yana memilih makanan laut di restoran, tengah udang salted egg, kanan udang yang ditimbang sebelum dimasak.
“Bila makanan dah sampai, saya rasa macam lain sebab nampak sikit. Saya tanya suami berapa ekor udang ambil tadi.
“Suami Ingat-ingat lupa, tapi dia kata ambil dan timbang lapan ekor. Saya tengok dalam pinggan cuma ada enam ekor je,”
Katanya sambil menambah suami bersama bapanya yang memilih makanan laut untuk ditimbang oleh pekerja restoran.
Yana secara kebetulan membuat rakaman untuk ‘story ‘di laman Instagram.
Terus menjadi tanda-tanya, ibu kepada dua anak itu tergerak hati untuk melihat video yang dirakamnnya sebelum itu untuk dikongsi menerusi story di laman sosial Instagram.
“Kebetulan masa suami dan ayah pilih lauk tu saya ada di situ rekod untuk buat story di Instagram. Bila saya periksa semula story, memang betul ada lapan ekor yang ditimbang.
“Saya rakam pun secara kebetulan sebab sebagai peniaga, saya perlu aktif di laman sosial.
Jadi bila hairan tak cukup, kami panggil pekerja dan tanya mengenai kehilangan dua ekor udang yang ditimbang dengan tunjuk gambar sebagai bukti.
“Pekerja tu kemudian masuk ke dapur dan tak sampai seminit, dia datang semula bawa pinggan lain mengandungi dua ekor udang dengan masakan sama,”
Kata Yana sambil menambah pekerja tersebut memohon maaf di atas kecuaian yang berlaku.
Yana bagaimanapun tidak pasti sama ada dua ekor udang yang dihantar secara berasingan itu kerana tertinggal di dapur atau baru dimasak.
“Apa yang pasti, saya rasa tak sedap hati. Selain udang, kami ada juga ambil dua ekor sotong dan sejumlah lala yang ditimbang untuk dimasak.
Mungkin kita tak berkira bab makan, tapi sebagai pengguna kita ada hak. Kita beli bukan cincai, tapi secara timbang dan sanggup bayar harga yang ditetapkan
YANA ISMAIL
“Dua daripada lapan ekor udang yang hilang senang nampak sebab sikit, tapi sotong dah dihiris jadi kecil dan lala pun diambil banyak jadi tak tahu ada kurang atau tidak,” katanya yang cuba bersangka baik.
Yana yang merupakan peniaga dalam talian menegaskan bahawa perkongsiannya itu bukan mahu memburukkan restoran berkenaan.
Tetapi lebih kepada mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sebagai pengguna.
Yana (baju kuning) bersama famili bercuti di Port Dickson.
“Mungkin kita tak berkira bab makan, tapi sebagai pengguna kita ada hak. Kita beli bukan cincai, tapi secara timbang dan kita sanggup bayar harga yang ditetapkan.
“Tapi bila dapat tak macam yang dipersetujui, sudah tentu kita tak puas hati.
Itu baru lapan ekor udang, macam mana pelanggan jenis ambil selonggok dan tak tahu berapa ekor pun.
“Mungkin ada kecuaian atau kesilapan di pihak pekerja, jadi pengusaha restoran perlu alert dan ambil peduli setiap pekerjanya, nak berniaga ni kena berkat,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia berkata, kedatangannya ke restoran itu selepas mendapat tahu menerusi Facebook bahawa ia begitu popular dengan hidangan ikan bakar.
“Masa kami datang, tak ramai pelanggan di restoran. Bila berlaku kes udang tak cukup ni, mungkin agaknya ada sebab kenapa tak ramai yang datang ke restoran tu.
Saya pertama kali datang dan itulah yang terakhir…. saya rasa sedih dan kecewa,” kata Yana.
SYURGA JAMINAN BAGI MEREKA YANG BERNIAGA DENGAN AMANAH
PERNIAGAAN merupakan salah satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah Rasulullah.
Bagi mereka yang berniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, para solihin dan syuhada.
Sabda Rasulullah:
Peniaga yang boleh dipercayai dan beramanah akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai (siddiqin) dan orang-orang yang mati syahid.
[HR Tarmizi 1130].
Bagi menjadi seorang peniaga yang jujur, amanah dan hebat mereka perlulah mempunyai sifat-sifat yang baik.
mStar
4 thoughts on ““Masa timbang ada 8 ekor udang” Pelanggan Restoran di PD Pelik Ada yg ‘Hilang’, Terbongkar Bila Check Semula”