Trending

“Maruah kamu campak mana? Bawah isteri hanya suami je tahu..” Pendakwah Berang Doktor Lelaki Sambut Kelahiran

KETERUJAAN pastinya dirasai oleh ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Bagaimanapun banyak persediaan perlu difikirkan sebelum proses kelahiran termasuklah pemilihan hospital dan doktor.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Jika bersalin di hospital swasta, bakal ibu boleh memilih mana-mana doktor yang disukai atau dirasakan selesa, tetapi ‘kelebihan’ ini tidak diperolehi jika bersalin di hospital kerajaan,

Mahu atau tidak, ibu-ibu hamil terpaksa mendedahkan aurat untuk bayi mereka disambut oleh doktor lelaki kerana situasi ini difikirkan ‘darurat’.

Bagaimanapun, isu doktor lelaki menyambut kelahiran bayi membuatkan seorang penceramah bebas berasa kurang senang terhadap suami yang sanggup membiarkan perkara itu berlaku.

Perkongsian Siti Afifah Shahbudin di media sosial menjadi tular apabila dia begitu lantang dan tegas menyatakan pandangan bahawa kaum ibu tidak sepatutnya mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan suami mereka.

“Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah!

“Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki. Kalau kamu tak takut dosa… dengan Allah esok Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.

“Ramai doktor wanita (boleh sambut) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak. Tengok ‘bawah’ bini awak tu,” ujarnya.

Turut menjadi pertikaian dan persoalan wanita ini apabila golongan suami tidak berasa cemburu doktor lelaki melihat aurat dan bahagian kemaluan isteri.

Malah, golongan suami ini juga dikatakan dayus kerana ramai doktor wanita di luar sana yang boleh menyambut kelahiran mayi mereka.

“Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu.

“Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main. Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.

“Kamu bertanggungjawab di hadapan Allah. Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya,” ujarnya lagi.

Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Anda (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan kecoh.

Justeru dia menasihati golongan suami supaya mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung jika tidak mampu membayar kos melahirkan anak di hospital swasta, yang dianggarkan menelan kos sekitar RM4,000.

“Tak apa nanti nak bersalin pakat ketuk rumah ustazah mungkin dia boleh tolong sambut baby kalau doktor perempuan tak ada,” komen netizen di TikTok.

Semakan mStar pada akaun TikTok miliknya mendapati ustazah Afifah kerap berkongsi video mengenai tip dan nasihat kepada umum.