Trending

‘Malu & kesian kami yang tengok’ – Netizen dakwa Kak Lina keterlaluan, try hard sangat nak melawak

B4 Content

BiG Stage program yang telah memasuki musim kelima yang telah menarik perhatian ramai netizen.

Dikatakan program musim ini telah menambat hati ramai netizen kerana telatah lucu yang dibuat oleh kedua-dua pengacara itu. Bukan setakat lawak jenaka, nyanyian yang dipersembahkan oleh mereka juga mengalahkan para peserta.

Paragraf 2

Setiap minggu mereka akan mendendangkan lagu-lagu disertai dengan aksi lakonan serta tarian. Namun begitu, persembahan yang dibuat oleh Kak Lina dikecam netizen.

@riwvnpv

Tersingkir punya pasal. Behind the scene hahah Hahahha ya ampun #kaklinapompom #bigstage2023

♬ minang kocak – ijul_ab

 

Selepas diumumkan (lakonan) sebagai peserta tersingkir, pengacara itu dilihat meninggalkan pentas sambil menyanyikan lagu Akademi Fantasia.

Dia kemudiaannya memasuki kapsul dan menari sambil berguling-guling gara-gara kononnya telah disingkirkan pada konsert tersebut.

Rakaman video tersebut telah mengundang kecaman netizen dan menyatakan rasa malu melihat telatah Kak Lina sebegitu rupa.

“Ada masa nampak macam diri dia tapi bila berulang kali dan keterlaluan nampak la try hard sangat dengan seluar tight diguling-guling nampak acam kurang manis mata yang memandang.

Cukup tenang-tenang je buat lawak, jangan meleret nanti jadi hambar. Macam Rina tu rasa tak keterlaluan sangat,” tulis Danial Danish.

“Kau dah kenapa? Mana rasa malu sopan santun kau sebagai perempuan, seorang ibu dan isteri kepada seorang pendidik?

Lapar perhatian sampai macam ni kay sanggup buat? Dan kepada suami Elly Mazlein ni, apa kau seronok suka dan tak rasa malu biarkan bini kau menggelupur macam ni untuk tonton orang?” kata Nani Nani.

'Malu & kesian kami yang tengok' - Netizen dakwa Kak Lina keterlaluan, try hard sangat nak melawak

Sumber: Astro AWANI, TikTok Riwanpa