Tular di media sosial hari ini rakaman event yang diuruskan oleh Instafamous terkenal iaitu Isa Isarb. Mengikut info yang diberi, event tersebut merupakan permainan game for fun untuk 50 orang yang terawal sahaja.
RAKAMAN VIDEO PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Ada beberapa permainan yang disediakan oleh pihak organisasi yang menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM10 ribu.
Namun keseronokan aktiviti tersebut mula terbantut apabila berlakukanya satu kejadian yang tidak diingini melibatkan sepasang suami isteri.
Berdasarkan rakaman video yang tular, ternampak seorang wanita yang terjatuh selepas pintu pagar dibuka. Peserta-peserta yang berada di belakang wanita itu secara tidak sengaja terlanggar dan terpijaknya.
Disebabkan itu, seorang lelaki berbaju hijau cuba menghalang peserta lain dari terus berlari ke atas wanita yang jatuh. Rupanya lelaki itu adalah suami kepadanya.
Dengan nada yang tidak berpuas hati, lelaki itu menjerit kuat “siapa yang pijak isteri aku”.
Permainan terpaksa dihentikan seketika oleh pihak Isa Isarb bagi menangani masalah yang berlaku.
Apa yang lebih menarik perhatian, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki berbaju hijau tersebut.
Ape benda la mamat ni,dah terang2 kau salah bawa bini kau yg mngandung g join event ni pastu kau abaikan bini kau bila pagar dh buka..bila dh jd mcm ni kau salahkan pnganjur pulak…
Suasana ni mcm seakan2 sama dgn suasana di padang mashar nanti bila kau trlalu sibuk fikirkan hal kau sendiri sampai kau lupa tentang anak bini kau…seram mat,org mcm ni x boleh di bawa ke majlis.
Kejadian berlaku di negara uganda bukan di malaysia
Aduhh kesiannye bini brader tu kena pijak dgn orang ramai.kalu korang nak tengok bola ke atau pegi eben x payahlah bawak bini korang tu..suruh dia duduk kat rumah diam2 jaga anak x pasal2 bini kena pijak.
Berlaku siang tadi kat Rawang..Isa Isarb punya eben dia tawar 10k pada orang ramai
Menjengah ke ruang komen, tindakan lelaki tersebut dikecam oleh netizen.
“Hahaha x boleh brain mcm mana yg 2 3 org perempuan tu sama naik nak berebut bertolak2 dgn lelaki.. maaf ckp selalunya perempuan normal dia x nak join sesak2 dgn lelaki ni.. 1st sbb ada rasa malu dan segan.. 2nd sbb x suka nk rapat2 dgn lelaki.. 3rd x kuasa nak bersesak tempat panas2 haha 4th lelaki duk berkumpul 4 5 org pun x hingin lalu depan tu tau sanggup pusing jln jauh.
5th sbb busuk tau bau lelaki ramai2.. kihkihkih.. anak murid aku semua lelaki bau nya YA ALLAH pening teacher.. terus ku petirkan.. esok semua dtg kelas wangi dah..” – Iman Raza
“Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai…
Pahamkan pantun tu kira ok la hehehehee…
Dah tahu tak kuat tapi nak ikut sama merempuh dgn lelaki dan yg lain² tentu la ada yang akan tersungkur dan jatuh maka itu la yang terjadi. Akhir zaman skrg ni anak bini, orang perempuan jangan dilepaskan terbiar kat luar rumah ikat diorang elok² kat rumah supaya tak terjadi sesuatu yang tidak disangka seperti tu. Kalau laki tak kisah utk turut serta apa yang berlaku jangan la nak marah nak salahkan orang lain.sebab kehidupan skg lambat tinggal tak tunggu dah dan apa yang jadi pada orang lain takde sapa nak peduli dan amik tahu dan nak mengaku salah. Jadi bawalah diri dan keluarga ke tempat yg tidak mendatangkan masalah. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua InshaAllah Aamiin…” – Amin Alias
Semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran oleh kita semua. Seeloknya tak perlu lah bawa isteri ke event-event lasak seperti ini.
Sila Tonton Video Dibawah:
Bincangkan pic.twitter.com/ixBid9sTGM
— ?️ (@Akmalziqf) April 19, 2022
Sumber Belumbalik.com
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.