Pulau Pinang, 29 April 2025 – Sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang menjadi tumpuan apabila seorang lelaki dilaporkan cuba memalsukan kemalangan jalan raya dengan melompat ke atas bonet kereta yang sedang bergerak di kawasan parkir.

Insiden ini tular selepas dimuat naik oleh laman Facebook Penang Kini, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Aksi ‘Superman’ di Parkir Mall

Menurut saksi, lelaki itu meluru ke arah sebuah kereta dan terus merebahkan diri di atas bonet, seolah-olah dilanggar. Tindakannya dipercayai bermotifkan cubaan untuk menuntut pampasan atau mencetuskan drama demi kandungan viral.

Seorang saksi berkata, “Saya tengah jalan kaki ke kereta, tiba-tiba nampak abang ni melompat macam filem Tamil. Nasib baik pemandu tak panik.”

Netizen: Lucu Tapi Bahaya

Video berdurasi kurang seminit itu menerima lebih 1,300 reaksi dan ratusan komen.

Antara komen netizen yang mencuit hati:

  • “Seram jumpa orang macam ni, takut dia tak gila, aku pulak naik gila sat.”
  • “Aku pernah tengok perangai macam ni kat TikTok, tapi kat luar negara. Nampaknya virus tu dah sampai sini.”
  • “Lain macam… try hon 7 harakat tengok dia boleh tahan ka dak.”
  • “Kalau jadi macam ni, bunyikan hon lama-lama. Dashcam tu wajib pasang weh.”

Nasihat Polis: Jangan Panik, Terus Buat Laporan

Pihak berkuasa menasihatkan pemandu agar tidak melayan sebarang provokasi, sebaliknya terus buat laporan dan gunakan rakaman dashcam sebagai bukti. Penipuan seperti ini bukan sahaja menjatuhkan maruah diri, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.


Beringat sebelum terkena. Zaman sekarang bukan semua gila itu tak berpelan. Ada yang siap skrip, kamera dan plot twist sekali.