Seorang lelaki mencetuskan kekecohan apabila mengahwini ibu mentuanya sendiri selepas wanita itu hamil hasil hubungan sulit mereka, sekali gus menjadikan dirinya bapa tiri kepada bekas isterinya.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang usianya tidak didedahkan didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan ibu mentuanya berusia 36 tahun.
Ibu mentuanya merupakan seorang balu yang kehilangan suami beberapa tahun lalu.
Apabila hubungan mereka terbongkar dan wanita itu disahkan hamil, pihak polis campur tangan untuk menenangkan keadaan kedua-dua keluarga tersebut.
Selepas rundingan, keluarga wanita itu menerima keadaan tersebut dengan syarat lelaki itu perlu menceraikan isterinya yang berusia 21 tahun sebelum mengahwini ibu mertuanya.
Keluarga lelaki itu juga bersetuju dengan keputusan tersebut.
Lelaki berkenaan kemudian memfailkan perceraian di mahkamah agama tempatan, dengan prosiding diadakan pada Mei 2025.
Menurut laporan Detik, kejadian itu berlaku di Kabupaten Soppeng, Sulawesi Selatan.
