Bukan mudah bagi menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ), apatah lagi baru mendirikan rumah tangga.
Dapat pula pasangan yang bekerja sebagai badan beruniform, pasti berat hati untuk ‘berpisah’ buat sementara.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @xexeyaya berkongsi satu video memaparkan sepasang pengantin baharu di sebuah lapangan terbang.
Dia didakwa terpaksa menjalani PJJ kerana si suami berkhidmat untuk negara.
Video dipercayai diambil semula daripada akaun TikTok milik pengantin wanita itu bagaimanapun membuatkan warganet berbual perkara lain dan bukannya mengenai ‘perpisahan’ tersebut.
“Katanya baru kahwin, suami kena pergi bertugas. Tapi kan aku je ke nampak eh,” tulis @xexeyaya pada ciapan berkenaan.
Semuanya gara-gara segelintir netizen mendakwa mereka ternampak suaminya mempunyai beberapa kesan lebam seperti tompokan merah pada bahagian leher sekali gus mengundang persoalan ramai.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Ciapan itu diulang kicau lebih 150 kali dan menerima 328 tanda suka selain komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi mengenai ‘punca’ terhasilnya kesan merah tersebut.
Selain komen berunsur kiasan dan gurauan, ada juga segelintir individu bersangka baik mendakwa ia mungkin akibat alergik, tanda lahir, kesan gigitan nyamuk atau rawatan bekam ‘dilakukan’ oleh lelaki terbabit.
Walau bagaimanapun, carian mendapati video di akaun TikTok wanita berkenaan sudah tiada dipercayai telah dipadam atau mungkin bertukar ke mod privasi.
Sumber: Twitter @xexeyaya
Thanks for sharing. I read many of your blog posts, cool, your blog is very good.