KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Ibu kepada pelajar perempuan yang dibunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama mendedahkan terdapat kira-kira 200 kesan tikaman di badan anaknya.

Ibu mangsa, Wong Lee Ping mendedahkan perkara itu berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan pihak patalogi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang diterimanya.

“Laporan yang tular di media sosial mengenai kejadian itu banyak yang tidak benar dan mengguris hati keluarga.

โ€œSaya dapat tahu daripada pihak patologi bahawa anak saya ditikam 200 kali.

“Ada luka besar dan kecil di bahagian kanan badan, termasuk leher dan paru-paru,โ€ katanya ketika sidang akhbar di Nirvana Center Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Lee Ping berkata, hasil siasatan polis memaklumkan suspek melompat dari bahagian atas tandas sebelum menikam mangsa yang ketika itu berada di dalam bilik tandas berkunci.

โ€œAnak saya menjerit meminta tolong, tetapi pintu tandas terkunci. Bila cikgu pecahkan pintu, anak saya sudah tiada,โ€ katanya.

Lee Ping berkata, pihaknya juga menafikan dakwaan anaknya dirogol dan mengenali suspek dan memohon orang ramai untuk tidak menularkan berita yang belum disahkan sahih di media sosial.

“Anak saya telah menjadi mangsa dan saya harap orang ramai hentikan berkongsi berita yang tidak benar di media sosial, anak saya tidak pernah berjumpa dan berhubung dengan suspek,” katanya.

Dalam masa sama beliau turut berharap kes yang menimpa anaknya tidak akan berulang di mana-mana sekolah pada masa hadapan.

Ditanya mengenai peribadi anak bongsu dari dua beradik itu Wong berkata, mendiang merupakan anak yang aktif bersukan dan amat berdisiplin.

Katanya, anaknya aktif dalam sukan bola tampar dan badminton malah dua hari sebelum kejadian beliau mendapat tempat kedua dalam kejohanan badminton yang dianjurkan di ibu kota.