KUALA LUMPUR: Laporan siasatan penuh yang dikeluarkan oleh FIFA akhirnya mendedahkan bagaimana tujuh pemain naturalisasi Malaysia menggunakan dokumen kelahiran yang dipalsukan bagi melayakkan diri bermain untuk skuad Harimau Malaya.
Dalam laporan rasmi bertarikh 6 Oktober itu, FIFA menyatakan bahawa hasil semakan mendalam menunjukkan sijil lahir asal tujuh pemain terbabit sebenarnya dikeluarkan di luar negara seperti Sepanyol, Argentina, Brazil, Sepanyol dan Belanda, bukannya di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh FAM.
Antara dapatan penting, siasatan mendapati dokumen asal menunjukkan:
- Marรญa Belรฉn Concepciรณn Martรญn โ lahir di Santa Cruz de la Palma, Sepanyol, tapi direkodkan oleh FAM sebagai lahir di Melaka.
- Carlos Rogelio Fernandez โ asal Santa Fรฉ de la Cruz, Argentina, namun disenaraikan lahir di Pulau Pinang.
- Omar Eli Holgado Gardon โ sebenarnya lahir di Buenos Aires, Argentina, tapi dinyatakan lahir di George Town, Pulau Pinang.
- Concepciรณn Agueda Alaniz โ lahir di Roldรกn, Argentina, tapi dilaporkan lahir di Penang.
- Nair de Oliveira โ asal Abre Campo, Brazil, namun dilaporkan lahir di Johor.
- Gregorio Izazabal y Lamiquiz โ lahir di Viscaya, Sepanyol, tapi disenaraikan lahir di Kuching, Sarawak.
- Hendrik Jan Hevel โ lahir di The Hague, Belanda, tapi dalam dokumen FAM, tertulis lahir di Melaka Straits Settlements.
FIFA dalam laporan itu menegaskan:
โBerdasarkan bukti di atas, sekretariat yakin sepenuhnya bahawa dokumen kelahiran yang diserahkan oleh FAM adalah dipalsukan. Pemain telah menggunakan dokumen ini bagi mengelak dan memintas peraturan kelayakan FIFA untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.โ
Sumber dalaman menyatakan, laporan ini menjadi bukti utama yang menyebabkan hukuman penggantungan selama 12 bulan dikenakan ke atas tujuh pemain terbabit dan kes kini dirujuk ke FIFA Football Tribunal untuk menentukan sama ada kemenangan Malaysia ke atas Vietnam 4-0 sebelum ini akan dibatalkan (forfeit).
Difahamkan, laporan itu juga menjadi tamparan besar buat FAM kerana bukti asal termasuk sijil kelahiran luar negara diperoleh terus daripada negara kelahiran sebenar pemain โ sekali gus menolak dakwaan bahawa mereka mempunyai hubungan darah dengan Malaysia.
Dalam masa sama, FIFA menyebut bahawa pemain-pemain terbabit โtelah memanfaatkan dokumen tersebut untuk mengelak pemeriksaan kelayakan sebenar,โ menjadikan kes ini antara yang paling serius melibatkan pemalsuan dokumen dalam sejarah bola sepak Asia Tenggara.
Dengan pendedahan rasmi ini, masa depan skuad Harimau Malaya kini bergantung sepenuhnya kepada keputusan tribunal FIFA โ sama ada mereka masih layak meneruskan saingan menentang Laos bulan ini, atau perlu menanggung akibat penuh atas kesalahan yang menggoncang maruah bola sepak negara.
