Baru-baru ini, seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang peniaga ikan menjadi tular di aplikasi TikTok selepas berkongsi beberapa video menunjukkan rutin kerjanya itu.
Perkongsian pemuda yang dikenali sebagai Rafeeq itu bukan sahaja membuat ramai teruja sebab dia sering berkongsi tips dan cara memotong pelbagai jenis ikan, namun mereka juga tertarik dengan wajah kacak yang dimilikinya.
Kongsi cara siang ikan pun ramai ‘viewers’!
Antara perkongsiannya yang terkenal di TikTok adalah video yang memperlihatkan dirinya sedang menyiang dan memotong bawal hitam dengan cekap.
Sehubungan itu, video itu sahaja telah meraih sebanyak 3.3 juta tontonan walaupun baru sehari dimuat naik! Wow!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemuda berkenaan yang sanggup bekerja sebagai seorang penjual ikan di usia muda.
Dalam pada itu, ramai juga golongan wanita berseloroh mengatakan lelaki seperti dirinya merupakan lelaki idaman kaum hawa.
Mana tidaknya, dah pandai menyiang ikan sudah tentu dia rajin menolong isteri di dapur kelak…
Mak aku siang ikan pun aku tak tengok sampai habis
Kalau macam ni, tiap hari nak pergi pasar
Mak suruh cari lelaki yang pandai siang ikan
Beli ikan setiap hari pun takpe
Beli ikan bilis pun nak minta dia siang
Ingatkan tengok sebab nak belajar siang ikan.. Tapi ada ‘udang di sebalik batu’ rupanya!
Sumber: TikTok Rafeeq
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: