Ketika ini, apa-apa perkongsian yang dimuat naik penyanyi Nubhan serta isterinya, Dr Afifah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Dalam perkongsian terbaharu Dr Fie di laman Threads, dia memuat naik foto bersama salah seorang anaknya yang sedang membaca sebuah buku.

Bagaimanapun, salah satu komen yang dipercayai adik kepada Dr Fie iaitu Zaim Tawfek turut mencuri tumpuan ramai.

Menerusi komen yang ditinggalkan, Zaim mengingatkan Dr Fie supaya tidak lagi bersedih dengan tindakan suaminya itu.

“Buat apa nak meratapi lelaki p*ndan. Ada masalah lari rumah. Rupanya lari nak duduk dengan bibik,” tulisnya.

Screenshot 2025 11 07 153826

Komen yang ditinggalkan itu juga mendapat tanda suka daripada Dr Fie. Menerusi semakan Lobak Merah, Zaim juga meninggalkan komen yang sama di beberapa hantaran pengguna Threads lain yang bersuara mengenai isu antara Nubhan dan isterinya.