KUALA LUMPUR: Laporan siasatan penuh yang dikeluarkan oleh FIFA akhirnya mendedahkan bagaimana tujuh pemain naturalisasi Malaysia menggunakan dokumen kelahiran yang dipalsukan bagi melayakkan diri bermain untuk skuad Harimau Malaya.
Dalam laporan rasmi bertarikh 6 Oktober itu, FIFA menyatakan bahawa hasil semakan mendalam menunjukkan sijil lahir asal tujuh pemain terbabit sebenarnya dikeluarkan di luar negara seperti Sepanyol, Argentina, Brazil, Sepanyol dan Belanda, bukannya di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh FAM.
Antara dapatan penting, siasatan mendapati dokumen asal menunjukkan:
- Gabriel Felipe Arrocha — lahir di Santa Cruz de la Palma, Sepanyol, tapi direkodkan oleh FAM sebagai lahir di Melaka.
- Facundo Tomas Garces — asal Santa Fé de la Cruz, Argentina, namun disenaraikan lahir di Pulau Pinang.
- Rodrigo Julian Holgado — sebenarnya lahir di Buenos Aires, Argentina, tapi dinyatakan lahir di George Town, Pulau Pinang.
- Imanol Javier Machuca — lahir di Roldán, Argentina, tapi dilaporkan lahir di Penang.
- Joao Vitor Brandao Figueiredo — asal Abre Campo, Brazil, namun dilaporkan lahir di Johor.
- GregorioJon Irazabal Iraurgui — lahir di Viscaya, Sepanyol, tapi disenaraikan lahir di Kuching, Sarawak.
- Hector Alejandro Hevel Serrano – lahir di The Hague, Belanda, tapi dalam dokumen FAM, tertulis lahir di Melaka Straits Settlements.
JDT Mungkin Berdepan Risiko Besar Jika Rayuan FAM Gagal – Analisis
Nasib Johor Darul Ta’zim (JDT) kini turut menjadi tumpuan selepas isu pemain warisan Harimau Malaya yang disiasat oleh FIFA semakin tegang. Jika rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal, kesannya boleh mengheret pemain kelab dan juga struktur pendaftaran dalam Liga Malaysia.
3 Kesan Utama Kepada JDT Jika Rayuan Gagal
- Pemain Tak Layak Main di Liga Malaysia (MLS) – Jika FIFA kekalkan keputusan, FAM perlu sahkan semula status semua pemain yang terlibat.
– Ini bermakna pemain warisan yang sebelum ini dikira “tempatan” mungkin akan dikategorikan sebagai pemain import.
– Kalau betul berlaku, JDT mungkin perlu turunkan bilangan pemain asing bagi mematuhi peraturan Liga Super musim depan. - Kesan kepada Perlawanan Lepas – Jika didapati pemain itu tidak layak didaftarkan sebagai tempatan sejak awal, ada kemungkinan putusan perlawanan terdahulu boleh disemak semula oleh penganjur liga (MFL).
– Dalam kes ekstrem, keputusan perlawanan boleh dibatalkan, tapi itu hanya jika terbukti FAM atau kelab gagal semak dokumen dengan betul. - Reputasi dan Implikasi Antarabangsa – Nama Malaysia, termasuk kelab elit seperti JDT, boleh terpalit dengan imej negatif di mata dunia bola sepak.
– Ini juga boleh menjejaskan peluang pemain JDT untuk dipanggil mewakili negara dalam tempoh tertentu, sehinggalah isu ini diselesaikan sepenuhnya oleh FIFA Tribunal.
Buat masa ini, JDT belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu ini, namun beberapa pemerhati bola sepak tempatan percaya bahawa kelab itu akan memberi kerjasama penuh kepada FAM dalam proses rayuan.
Peguam sukan antarabangsa juga dikatakan telah dilantik oleh FAM bagi menyusun semula hujah dan bukti yang boleh meringankan hukuman.
Sumber rapat dengan pentadbiran bola sepak berkata, “Kalau rayuan gagal, kesan domino bukan kecil. Pemain mungkin hilang kelayakan antarabangsa, dan kelab perlu sesuaikan pendaftaran semula. Tapi semua bergantung pada keputusan rasmi FIFA Tribunal nanti.”
