Trending

Kerani Wanita yang MeIanggar Penunggang Basikal Lajak Hingga Maut Akhirnya Dibebaskan Dengan Jaminan

B4 Content

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Seorang kerani wanita yang ditahan di penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin, sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan.

Paragraf 2

Mahkamah itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas, yang melepaskan dan membebaskan wanita itu daripada pertuduhan berkenaan.

Manakala sebuah petisyen membantah keputusan mahkamah berhubung kes seorang wanita yang dipenjara enam tahun atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak pada 2015.

Petisyen itu diwujudkan oleh seorang pengguna, Wan Junaida dengan tajuk ‘Bebaskan Sam Ke Ting daripada pertuduhan memandu secara melulu #FreeSamKeTing’ bagi mendesak pihak berkenaan membebaskan Sam Ke Ting.

“Dia pada asalnya dibebaskan daripada pertuduhan memandu secara melulu oleh mahkamah majistret di Johor Bahru pada Oktober 2019, dibebaskan dan dilepaskan pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri.

“Seperti yang dinyatakan oleh majistret Siti Hajar Ali dalam penghakimannya pada 2019, Sam tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefonnya dan memakai tali pinggang keledar semasa memandu…

“…membuktikan bahawa dia memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati, tetapi keadaan gelap, jalan berbukit-bukau dan berliku-liku.

Dimana pemandu tidak dapat menjangka akan ada geng basikal di jalan raya pada pukul 3 pagi,” jelas pengguna tersebut di ruangan penerangan.

Sumber: Bernama

10 thoughts on “Kerani Wanita yang MeIanggar Penunggang Basikal Lajak Hingga Maut Akhirnya Dibebaskan Dengan Jaminan”

  1. Pingback: hizeed
  2. Pingback: site read
  3. Pingback: Douceur Beauty
  4. Pingback: Anya Fernald
  5. Pingback: ai ดูดวง

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *