Trending

“Dah tak larat nak nasihat dah..” Kazar Runsing Anak Daranya Masih Tetap Main Cinta dgn Suami Org

B4 Content

ANAK kepada pelakon Kazar Saisi, Ira sekali lagi mengundang kontroversi dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami orang.

Dakwaan itu mula berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi terutama mengenai perihal rumah tangga pengarah terbabit.

Paragraf 2

Kazar rungsing Ira dituduh 'main cinta' dengan suami orang

Kazar bergambar kenangan bersama keluarga.

Kazar berkata, tuduhan curang tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan sungguhpun pengarah berkenaan selesa berkawan dengan anaknya.

“Cuba beritahu saya dia curang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat… mana ada istilah curang?

“Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap curang.

“Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah…” katanya.

Dalam pada itu, Kazar juga memberitahu dia enggan mencampuri urusan Ira kerana menganggap anaknya sudah cukup dewasa untuk membezakan perkara baik dan buruk.

“Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun… sudah bukan dalam tanggungan.

Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam… sampai dah tak larat nak layan gosip-gosip tentang dia.

“Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa bercinta semuanya manis.

Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fitnah,” katanya.

Sebelum ini, nama Ira menjadi sebutan netizen apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang menghairahkan.

Malah gadis ini juga pernah menjadi buah mulut netizen apabila gambar dia mencium pipi seorang jejaka tular di media sosial.

Tindakan gadis berusia 24 tahun ini membuatkan nama bapanya turut terpalit dengan isu berkenaan.

9 thoughts on ““Dah tak larat nak nasihat dah..” Kazar Runsing Anak Daranya Masih Tetap Main Cinta dgn Suami Org”

  1. Pingback: spore works
  2. I am currently writing a paper that is very related to your content. I read your article and I have some questions. I would like to ask you. Can you answer me? I’ll keep an eye out for your reply. 20bet

  3. Pingback: funny987
  4. Pingback: site
  5. Pingback: Digi Tobi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *