Trending

Polis Akan Tutup Kes Kematiian Pelakon ini, dan Akan Dijangka Bentang Keputusan Siasatan

B4 Content

Kawan Rapat Dedah Tangmo Tak Buat Servis

Setiap hari ada sahaja bukti yang berkait rapat dengan kematiian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida yang ditemui terapung dipercayai lemas di Sungai Chao Phraya.

Paragraf 2

Media Thailand melaporkan seramai 71 orang telah memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Kawan Rapat Dedah Tangmo Tak Buat Servis

Kawan Rapat Dedah Tangmo Tak Buat Servis

Selain itu, Anna turut mencadangkan netizen untuk menyemak mengapa beberapa foto pada akaun Instagram Tangmo telah dipadam dan apakah komen di bawah foto tersebut.

Dalam pada itu, Anna menepis ada berlaku pertelingkahan antara dia dan ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin, kerana dia masih menghormati wanita itu.

Timbalan Ketua Wilayah Polis Wilayah 1, Pol Mej Jen Udom Yomcharoen berkata Ketua Polis Negara, Pol Jen Suwat Jangyosuk akan bertemu dengan penyiasat polis, pegawai forensik dan lain-lain untuk taklimat mengenai perkembangan kes itu.

“Ia dijangka menjadi pertemuan terakhir. Ketua polis negara akan memberi garis panduan untuk menyelesaikan kes itu selepas penyiasat menyelesaikan semua keraguan.

Penyiasat telah mengambil keterangan daripada 71 orang.”

Sumber polis berkata penyiasat akan membuat kesimpulan bahawa Encik Tanupat dan Encik Phaiboon telah bertindak melulu sehinggakan menjadi penyebab kematian aktres itu.

Siasatan itu dijangka selesai pada hari Jumaat.

Pol Jen Suwat sebelum ini berkata kematiian aktres itu diklarifikasikan satu kemalangan berdasarkan daripada bukti.

Kawan Rapat Dedah Tangmo Tak Buat Servis

Media Thailand melaporkan bahawa penyiasat polis mungkin mempertimbangkan untuk memfailkan pertuduhan terhadap salah seorang penumpang bot, Nitas Kiratisoothisathorn (Job).

Ini kerana didakwa membawa pulang sebotol wain dan membuang gelas wain ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam tragedi itu.

Ada kemungkinan tindakannya akan dilihat sebagai membantu atau menyokong orang lain untuk menyembunyikan kesalahan.

Wisapat Manomairat (San) mungkin menghadapi tuduhan seperti pemilik bot dan pemandu bot.

Ketika disoal siasat, mereka berlima nampaknya cuba menutup beberapa aspek.

Penyiasat mungkin mendakwa mereka kerana memberi kenyataan palsu.

Terdahulu, Tangmo, 37, bersama lima orang lain menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangkok ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi.

Dia terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.

Sumber: Bangkok Post

1 thought on “Polis Akan Tutup Kes Kematiian Pelakon ini, dan Akan Dijangka Bentang Keputusan Siasatan”

  1. Sir your article about music is very very informative. I just loved this article so much that i don’t have words to thank you. But still i thank you so much from the bottom of my heart for sharing such a wonderful article. Violinist Suresh padmanabhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *