Kami Kawan Sejak Tingkatan Satu

Nama dia Nia. Sejak saya pindah sekolah masa tingkatan satu, dialah orang pertama yang tegur saya.

Muka dia manis, lembut, pandai ambil hati. Kami terus klik. Balik sekolah naik bas sama, kerja sekolah buat sama. Bila mak saya meninggal masa umur 17, dia orang pertama datang rumah.

Kami sambut raya sama. Baju kurung sedondon. Bila dia masuk universiti, saya tolong jaga adik dia masa cuti semester. Bila saya kahwin, dia orang pertama datang bagi hadiah besar.

“Kalau aku kahwin nanti, aku nak kau jadi pengapit aku okay?”
“Aku ni, bukan kawan. Aku dah macam adik-beradik kau tahu?”

Saya angguk. Tak pernah sangka, senyuman dia waktu tu… akan jadi racun paling manis dalam hidup saya.


Suami Mula Berubah… Tapi Saya Tak Pernah Curiga

Saya dan suami kahwin dah masuk tahun ke-7. Ada dua anak. Kehidupan kami biasa-biasa. Dia kerja kontraktor, saya suri rumah sambil buat bisnes kecil-kecilan.

Awal tahun lepas, saya mula perasan perubahan. Dia makin jarang pandang mata. Telefon sentiasa silent. Keluar rumah makin kerap, katanya nak “settle site”, “tender tak lepas”, macam-macam.

Saya tanya elok-elok, dia marah. Katanya saya tak faham kerja dia.

Saya mengadu pada Nia.

“Nia… aku penat. Aku rasa suami aku berubah.”
“Dia ada perempuan lain ke?”

Nia pandang aku… lama. Tapi dia geleng.
“Jangan fikir bukan-bukan. Suami kau sayang kau. Kau fikir terlalu jauh.”

Saya percaya. Sebab yang cakap tu… kawan baik aku sejak remaja.


Hari Yang Merobek Segala Kepercayaan

Satu malam, saya menangis. Anak demam, suami tak balik, telefon tak angkat.

Saya WhatsApp Nia,

“Boleh aku datang rumah kau kejap? Aku tak tenang.”

Dia lambat balas, tapi kata okay.

“Datanglah. Rumah aku kat taman baru tu kan, blok B, lot 7.”

Saya pergi. Naik grab. Saya peluk anak saya yang masih demam.

Sampai rumah dia… saya disambut oleh pintu pagar yang tak berkunci.

Saya masuk, dan saya terdengar suara lelaki. Suara yang saya kenal sangat.

“Abang nak makan dulu ke nak tunggu Ayu sampai? Atau abang naik rehat?”

Saya tercegat.

Nia keluar dari dapur… muka dia pucat.

Suami saya keluar dari bilik… pakai kain pelikat.

Dia terdiam. Saya terdiam. Anak dalam pelukan saya tiba-tiba menangis.

“Apa ni?!”
“APA SEMUA NI?!”


Mereka Dah Kahwin. Senyap-Senyap.

Mereka mengaku.

“Kami kahwin senyap-senyap. Dah 4 bulan. Saya minta maaf…”

Saya nak terajang. Saya nak jerit. Tapi suara saya tak keluar. Yang keluar cuma tangisan saya yang paling dalam.

“Kau kawan aku…”
“Kau tahu aku tengah bergaduh dengan suami. Tapi kau tetap ambil dia?!”

“Kau tahu dia suami aku, Nia!!!”

Dia menangis. Tapi tangisan dia tak ada makna.

Suami saya? Dia diam. Pandang lantai.


Saya Balik Dengan Luka. Tapi Saya Bangun Dengan Redha

Saya balik malam tu dengan hati yang mati.

Tiga hari saya menangis. Tiga hari saya tak makan. Saya tengok anak saya… dan saya cakap dalam hati,

“Kalau aku jatuh, siapa nak jaga mereka?”

Saya mula kuat. Saya mula berniaga lebih. Saya jumpa kaunselor. Saya dapatkan khidmat guaman.

Saya tak gila talak.

Saya cuma gila kerana dikhianati dua kali oleh dua orang yang aku percaya sepenuh hati.


Saya bukan perempuan yang tak reda poligami.

Saya cuma perempuan yang tak sangka…

“Wanita yang pernah saya suap nasi masa dia susah… sekarang duduk atas dulang berisi, suami saya yang hidang.”

Dan hari ni, saya cuma nak pesan satu:

Kawan yang terlalu baik dengan suami kita… mungkin bukan kawan.