NAMA pakar motivasi Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Selepas tular kenyataan mengenai wanita yang perlu bersifat ‘bodoh-bodoh sikit’ demi mencari jodoh, kali ini timbul isu lain pula.
Menerusi satu rakaman tular, Dr Muhaya seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga perkara itu mengundang kemarahan sebilangan netizen.
“Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah… sudahlah.
“Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry.
“Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.
“Bonda nak tanyalah sekarang ni, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni? You tell me.
“Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD… apa manfaat pada orang?” ujar Dr Muhaya dalam video itu.
Video itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada rakaman asal berdurasi 45 minit yang dimuat naik di YouTube milik dr Muhaya (Prof Muhaya TV) bertarikh 6 Februari 2021 yang sehingga kini menerima lebih 45, 000 tontonan.
Selain Youtube, video itu turut dikongsi semula ke laman Facebook dan Twitter sehingga tular dan menimbulkan perdebatan netizen sejak beberapa hari lalu.
Kata netizen, kenyataan mempersoalkan taraf pendidikan wanita itu bagaikan ‘meludah ke langit, muka juga yang basah’ memandangkan beliau juga merupakan seorang profesor dan juga pakar mata.
“Tapi dia profesor. So, membazir je lah dia dapat gelaran profesor tu.
Dr Muhaya teruk dikecam netizen di media sosial.
“Sumpah laaaa Prof cakap macam ni? Luluh hati sis yang tengah nak habiskan PhD ni.
“Ada PHD apa manfaat pada orang? Seriously? Kenapa macam nak downgrade perempuan pendidikan tinggi ni?” tulis netizen.
Untuk rekod, Dr Muhaya pada Khamis lalu tampil memohon maaf berhubung video wanita ‘bodoh-bodoh sikit’ selepas menerima kecaman ramai.
Selain netizen, beliau turut mendapat teguran Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.
Dalam pada itu, usaha mStar untuk mendapatkan komen Dr Muhaya mengenai isu itu masih belum berhasil.
Sebelum ini,
Prof Muhaya bikin ramai ‘naik angin’, sampaikan golongan profesional bersuara… tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ – “Saya hilang kata-kata”
TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Itulah yang berlaku terhadap pakar motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad apabila dia teruk dikecam netizen.
Dalam satu video tular, pakar mata itu mengupas topik mengenai wanita yang lambat bertemu jodoh sehingga mengundang kemarahan ramai.
“Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka sebagai ketua, orang laki-laki walau bagaimana dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam manapun, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan? Masih yang laki-laki itu.
“So orang perempuan walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kempimpinan lelaki. Sebab itulah imam lelaki, nabi-nabi pun lelaki, so we have jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki.
Paparan skrin video tular itu.
“No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat, testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh.
“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana,” ujarnya.
Dr Amalina turut mengulas isu itu menerusi Twitter.
Selain netizen, kenyataan itu turut mendapat perhatian doktor Malaysia yang berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman yang juga pakar penyakit berjangkit negara dan Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong.
“Ia merupakan kali kedua dalam dua hari yang menyebabkan saya hilang kata-kata.
“Mungkin kita kena hantar prof sedikit bahan bacaan mengenai kenapa pemerkasaan wanita dan perempuan adalah kunci kepada transformasi dan pembangunan ekonomi, antara lainnya,” ujar Dr Adeeba ringkas dalam satu ciapan di Twitter.
Dr Amalina juga turut senada dan mengakui tidak akan sesekali menjadi ‘bodoh-bodoh’ sebagaimana disebut yang disebut Dr Muhaya demi mencari jodoh.
Paparan skrin tweet oleh Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.
“Maaf tapi mak saya tak besarkan saya untuk jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ di depan lelaki untuk saya bertemu jodoh.
“Kamu menghantar mesej salah kepada perempuan dan wanita muda. Wanita tidak patut merendahkan kebijaksanaan mereka untuk menarik lelaki,” katanya lagi.
Difahamkan, Dr Muhaya sudah memadam video berkenaan di laman sosial miliknya.
Namun, video itu masih boleh ditonton selepas ia dimuat naik semula oleh netizen ke media sosial dan YouTube.
Untuk rekod, Dr Muhaya memiliki lebih 570, 000 pengikut di Instagram.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: