Tiada angin, tiada ribut. Begitu tiba-tiba berita ini hadir meruntun hati ramai. Seorang suami yang selama ini dijulang sebagai contoh lelaki setia, Edika Yusof, kini berdepan ujian paling besar dalam rumahtangganya.
Isterinya, Nor Hidayah Yusri, wanita yang sudah bersamanya lebih dua dekad, difahamkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pertengahan Februari lalu.
Berita ini seolah-olah mimpi buruk buat mereka yang selama ini menjadikan pasangan ini sebagai inspirasi dalam membina rumahtangga.
Bukan sehari dua Edika berkorban, malah selama 16 tahun dia setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka.
Kisah pengorbanan dan kesetiaannya pernah tular, menjadi contoh bagaimana cinta sejati itu benar-benar wujud.
Dulu Mereka Saling Memegang Erti Cinta Sejati
Siapa sangka, pasangan yang pernah menyulam bahagia bersama ini bakal berakhir di kamar mahkamah? 22 tahun usia perkahwinan, dilalui dengan segala suka duka.
Mereka membesarkan tiga cahaya mata bersama-sama โ Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Dulu, Edika sendiri pernah berkongsi betapa setiap kali dia pulang dari set penggambaran, dia akan terus duduk di sisi Hidayah, mengusap rambut wanita itu, seolah-olah mahu menenangkan jiwa isteri yang mungkin merasa serba kekurangan.
Hidayah pula, di sebalik kekurangannya, tetap cuba menjadi isteri terbaik. Mereka membina kenangan bersama โ dari rumah kecil ke rumah besar, dari susah ke senang. Namun siapa sangka, semua itu akhirnya hanya tinggal kenangan.
“Kalau Saya Sampai Ke Mahkamah, Tentu Ada Sebab Yang Kukuh” โ Luah Hidayah
Peguam yang mewakili Hidayah, Mohd Yazid Hazim, mengesahkan sendiri berita ini. Ketika di mahkamah, Edika tidak hadir dan hanya menghantar surat memohon penangguhan atas alasan kerja. Mahkamah menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan semula.
Punca? Tiada lagi persefahaman antara mereka. Namun seperti biasa, perincian tidak didedahkan kerana bersifat subjudis. Tetapi Hidayah sendiri memberi kenyataan, cukup menjentik perasaan:
“Semua tahu keadaan sayaโฆ Kalau dah sampai ke tahap saya failkan perceraian, tentu ada sebab yang sangat kukuh.”
“Saya tak mahu komen panjang. Saya pun nak dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia.”
Ayat itu cukup untuk menggambarkan betapa beratnya keputusan yang terpaksa diambil oleh Hidayah.
Seorang wanita yang selama ini diam, yang sabar menahan segala derita โ akhirnya, bila dia bersuara, pasti ada sesuatu yang sudah lama terpendam.
Ramai Terkilan, Ramai Sedih โ Mana Silapnya?
Ramai yang mengenali Edika sebagai lelaki budiman, penyayang dan bertanggungjawab. Namun hakikatnya, hanya mereka yang hidup dalam rumahtangga itu sahaja yang tahu apa yang berlaku.
“Orang nampak bahagia di luar, tapi siapa tahu derita dalam diam. Mungkin kita tak mampu nilai apa yang Hidayah tanggung bertahun-tahun.”
“Kita bukan Tuhan untuk menghukum. Kalau dah sampai isteri yang lumpuh itu sendiri mohon cerai, pasti dia dah simpan luka lama sangat.”
Komen netizen di media sosial mencurah-curah. Ada yang bersimpati, ada yang terkilan. Kisah ini membuka mata semua โ betapa rumahtangga yang nampak sempurna di mata dunia, hakikatnya mungkin retak dari dalam.
Semoga Mereka Diberi Jalan Terbaik
Andai benar perpisahan ini jalan yang terbaik, moga masing-masing redha. Bukan semua cinta itu berakhir dengan bahagia, walau sehebat mana perjuangan seseorang.
Kisah Edika dan Hidayah ini akan terus terpahat sebagai satu pengajaran โ bahawa bahagia itu milik Tuhan, dan bila-bila masa boleh diuji.
23 April nanti, ramai yang pasti menanti dengan debar keputusan dari mahkamah.
Selamat tinggal kenangan indah, andai itu takdirnya.