Trending

Kakak dedah gaji Asif Suhaimi diguna oleh bapa

B4 Content

Siti Nurul Atina, kakak kepada pelakon YouTuber popular, Mohamad Asyiff Suhaimi atau Asif, hari ini nekad mendedahkan perangai bapanya yang menyalahgunakan wang hasil titik peluh Asif untuk bermain judi dan membeli bahan terlarang, iaitu dadah..

Menurut Siti, perkara itu sudah lama berlaku dan kini dia tidak lagi mampu untuk menyembunyikan perkara tersebut. Dan tindakannya mendedahkan perkara tersebut kepada umum kerana sudah tidak mampu membiarkan dirinya difitnah oleh bapa sendiri. Termasuk posting terbaru bapanya yang mendakwa Siti mengambil hak adiknya sendiri.

Paragraf 2
Kakak dedah gaji Asif Suhaimi diguna oleh bapa
Bapa dakwa anak perempuannya songlap duit Asif Suhaimi

“Betul Syahmi ada buat bayaran RM7,000 dan saya bank in duit hanya RM4,000 dekat Abah dan baki RM3,000 lagi untuk simpanan Asif.

“Kenapa tak bagi Abah 100 peratus? Kalau tanya pada jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat, semua tahu Abah ni macam mana. Syahmi dan Nissa pun ada nasihat suruh simpan juga saving untuk Asif. Sebab tahu dia main kuda dalam bilik, main spin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anak jadi saksi bapa main judi depan mata

Asif selama ini kerap mengadu mengenai perbuatan bapa mereka yang kerap bermain judi dan kuda di rumah. Malah, Siti juga mempunyai bukti video dan audio mengenai perkara itu yang dirakamnya sendiri.

“Sampai tahap Asif mengadu ‘Along, abah main kuda dalam bilik kita, depan kita. Duit abah habis digunakan untuk main spin (judi)’,”

Menjelaskan mengenai perbelanjaan Asif, dia terpaksa mengirimkan sebahagian duit daripada RM3,000 itu kepada sepupu yang rapat dengan Asif untuk membeli segala barangan atau makan minum keperluannya. Semuanya dilakukan tanpa pengetahuan bapa mereka.

“Kalau dia (abah) dapat tahu memang dia akan tekan-tekan minta duit dari sepupu aku tu. Kalau duit yang aku kirim dekat abah untuk beli barang-barang dapur, memang tak akan jadi barang dapur. Korang faham-fahamlah. Resit pembayaran Syahmi ini pun dia baru terjumpa dalam bilik adik saya. Dia selongkar habis.

Kakak nafi songlap duit Asif

“Setakat baki duit RM3,000 tu aku nak buat apa? Logik ke aku nak guna? Asif sekali pergi shopping baju bukan sikit. Pakai duit mana? Duit baki tu juga. Eh maaf, aku siap tambah duit aku buat belanja Asif.

“Kau rasa sejak bulan dua payment masuk tu, sampailah ke bulan 6 ini ada lagi ke baki tu? Hutang dengan kawan-kawan kau sebab kau ambil pil kuda tapi tak bayar. Last-last kawan kau cari adik aku, Asyraff. End up aku juga yang tolong selesaikan.

“Cukup-cukuplah dengan peel perangai kau dari zaman kau dengan mama aku. Kau buat naya, tinggal hutang keliling pinggang sampai mama kena selesaikan semua. Cukup-cukuplah Suhaimi,” katanya.

Paksa Asif minta gaji dari Syahmi

Dakwanya lagi, lelaki itu turut mengugut Asif untuk meminta gaji daripada Syahmi, walaupun pada ketika itu belum lagi sampai tarikh pembayaran gaji. Asif yang takut hanya mampu menuruti arahan bapanya.

Kakak dedah gaji Asif Suhaimi diguna oleh bapa

Selain itu, lelaki berkenaan dikatakan mengambil bahan terlarang di depan Asif setiap hari.

Kakak dedah gaji Asif Suhaimi diguna oleh bapa

Selama ini, Siti menyediakan bekalan dapur untuk Asif dan bapanya setiap bulan tanpa gagal. Dia tidak berani menyerahkan wang kepada bapanya kerana tahu wang tersebut akan digunakan untuk membeli dadah.

Difitnah bapa sendiri sebab tak beri duit gaji Asif kepadanya 100%

Kakak dedah gaji Asif Suhaimi diguna oleh bapa

“Terkini kepada dia jadi meroyan macam ni? Sebab dia marah saya tak kiram duit. Saya minta tolong sepupu belikan barang dapur. Tahu apa yang dia buat? Dia letak barang-barang dapur di luar. Marahnya dia sebab tak dapat cash untuk beli pil kuda.

“Saya dah cukup bersabar. Biarlah saya berdosa kerana membuka aib bapa sendiri daripada terus difitnah berkali-kali.

Kakak dedah gaji Asif Suhaimi diguna oleh bapa

“Ini kali pertama dan terakhir saya menulis tentang manusia ini. Terpulang sama ada hendak percaya atau tidak. Banyak lagi perkara yang boleh diungkit tetapi cukuplah sekadar ini sahaja dulu.

“Sebelum ini saya diam untuk sekian lama, makan tahun berdiam dan kali ini saya akan lawan habis-habisan,” tegasnya.

Sumber: Facebook Siti Nurul Atina