Trending

Janna Nick Dedah Apa Yang Suami Buat Lepas Bangun Tidur

B4 Content

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick mengakui kini lebih bahagia menjalani kehidupan berumah tangga bersama suami, Dini Schatzman.

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner berkata kehidupannya berubah selepas mendapat suami yang sangat pembersih dan rajin melakukan kerja rumah seperti Dini.

Paragraf 2

Alhamdulillah seronok lepas kahwin kita tahu setiap kali balik kerja walaupun dalam keadaan stres mesti ada orang di rumah bersama kita.

Dini Schatzmann 2 In 1, Merangkap Kekasih Dan Personal Coach Janna Nick | Hot FM

Apa yang best bila bangun tidur mesti ada orang kemas katil, tu yang paling seronok bagi saya.

Malah, pelakon berusia 28 tahun itu memaklumkan dia sudah mengetahui suaminya memang seorang yang rajin dari sebelum berkahwin lagi.

Tapi bila tinggal sekali, ya memang terbukti dia memang seorang lelaki yang rajin.

Janna Nick Dedah Apa Yang Suami Buat Lepas Bangun Tidur

Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil saja tapi dengan Dini dia akan jerit suruh saya mandi dulu.

Sementara itu, Dini juga meluahkan rasa teruja menjalani kehidupan bersama isteri terutama apabila boleh melakukan semua perkara bersama-sama.

Kita ada teman tak kira nak tidur bersama dia, bangun pagi pun bersama dia.

Sumber BN