Trending

Isu rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih lagi menduduki carta teratas cerita hiburan

Tak dinafikan sejak tahun lepas dan masih ‘melarat’ hingga sekarang, isu rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah masih lagi menduduki carta teratas cerita hiburan.

Bukan setakat saling berbalas tentang konflik rumah tangga dalam media sosial, tidak terkecuali netizen yang turut serta menghangatkan suasana.

Bagaimanapun, semuanya hampir menuju ke titik noktah apabila pengarah sensasi tersebut membuat persetujuan untuk bakal melafazkan talak kepada Puteri Sarah Liyana selepas memikirkan masa depan anak-anak. Difahamkan, mereka berbuka puasa bersama dan berbincang secara baik sehari sebelum prosiding kedua kelmarin.

Menerusi Instagramnya malam tadi, Puteri Sarah reda fitrah bahawa tiada satu pun bersifat kekal di dunia ini. Justeru apabila Allah S.W.T. mengatur agar lepaskan sesuatu dalam kehidupan, kita perlu belajar terimanya dengan hati yang terbuka sekalipun ia mengambil tempoh masa yang agak lama.

Dalam pada itu, Datin Patimah melalui IG Story miliknya pula menulis tentang dosa seseorang yang telah meruntuhkan sesebuah rumah tangga sekali gus mengalirkan air matanya selaku seorang ibu.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, namun ia jelas ditujukan kepada pihak yang menjadi punca terlerainya perkahwinan antara anak dan menantunya.

Kredit : IG dpatimah012 & puterisarahliyana

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.