Semasa

Tanpa Protokol & Hanya Berkain Pelikat Ronda KL, Ismail Sabri Yaakob Dapat Pujian Wargamaya

B4 Content

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencvri perhatian wargamaya apabila memandu kereta sekitar bandar Kuala Lumpur bagi memantau keadaan hari pertama pelaksaan total loc.kdown yang bermula semalam.

Menerusi laman sosial Instagram, Ismail Sabri berkongsi video tersebut untuk tatapan umum. “Saya sungguh terharu.

Paragraf 2

Sempat saya meronda melihat sendiri keadaan kotaraya malam tadi. Saya puji sikap anda semua yang memberi kerjasama stay home.

“Juga, berhenti di sekatan jalan raya (SJR) bertanyakan khabar kepada frontliner. Insya-allah, kita fight together guys,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 38 saat itu lagi, Ismail Sabri hanya mengenakan kain pelikat dan tshirt meronda sekitar jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan sempat menyapa anggota polis yang bertugas di SJR.

“Neelofa Bakal Dapat Baby Kembar?!” -Haris Ismail Kongsi Gambar Awan Diambil Neelofa

Video:

 

Lebih menarik perhatian, lagu sak!t nyanyian Zynakal bersama Yonnyboi turut dijadikan lagu latar bagi video tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, video tersebut telah meraih pujian dan maklum balas yang positif daripada wargamaya.

“Bagus pemimpin macam datuk. Turun padang, rakyat sayang pemimpin yang prihatin. Tahniah datuk,” puji seorang wargamaya.

“Yang ni i salute. Terbaik dato. Keluar dengan kain sarung je. Kalau orang lain dah acah-acah keluar dengan beg LV, Gucci, Chanel dll,” kata seorang wargamaya.

“Pakai kain pelikat je tau ronda kotaraya, macam ayah-ayah kita kan,” ujar seorang wargamaya. “Mantap pak long.

Sangat bersahaja walaupun menjalankan tugas,” komen seorang wargamaya. “Datuk cuba ronda pagi, paling tidak pun tengahari.

Nak tengok jugak ramai ke duduk rumah,” cadang seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 120,000 tontonan daripada wargamaya.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/