Usahawan kontroversi dan penyanyi baharu, Iqbal Zulkefli mengakui kini dalam proses mengenali seorang penyanyi.
Nama gadis itu juga dikatakan sedang meningkat naik di Indonesia bernama Indah Nevertari.
Penyanyi lagu Hujan itu berkata, dia tidak mahu bertindak tergesa-gesa sebaliknya percaya jodoh akan sampai apabila tiba masanya nanti.
Selain itu, Iqbal yang juga bekas pemandu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida juga mengakui sikap Indah membuatkan dirinya terbuka hati untuk mengenali dengan lebih lanjut.
“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat.
Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.”
View this post on Instagram
“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat…
Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda.
“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” kongsinya.
Sumber: mStar Online (Qarami Hashim) , Instagram Iqbal Zulkefli & Indah Nevertari
Reading your article helped me a lot and I agree with you. But I still have some doubts, can you clarify for me? I’ll keep an eye out for your answers.