Trending

‘Inspektor Sheila’ sudah dikenakan tindakkan, 8 kertas siasatan dibuka

B4 Content

Pegawai polis yang viral baru-baru ini selepas memarahi anggota polis bawahannya di depan orang awam telah digantung tugas sejak minggu lalu.

Memetik laporan dari Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Sheila itu ditahan kerja sejak minggu lalu dan arahan tersebut berkuat kuasa sehingga proses siasatan terhadapnya selesai.

Paragraf 2

Difahamkan, setakat ini dua kertas siasatan, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama telah dibuka.

“Proses rakam percakapannya sudah diambil pada 18 Jun lalu dan kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 19 Jun lalu.
“Pada masa sama, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman berkait kes yang dihadapinya,” katanya.

‘Inspektor Sheila’ sudah dikenakan tindakkan, 8 kertas siasatan dibuka

Enam kertas siasatan tatatertib oleh JIPS itu berkaitan dengan beberapa video tular termasuklah sewaktu kejadian di Taman Sri Gombak serta video dia bertengkar dengan orang awam.

“Dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai polis wanita itu diharap orang ramai tahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kaedah dan mekanisme yang jelas untuk menangani perilaku sebegini.
“Kita biarkan pihak polis mengguna pakai undang-undang dan saluran dalaman seperti JIPS untuk menguruskan perilakunya yang menyebabkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat dan menimbulkan persepsi tidak baik terhadap PDRM,” katanya.