Trending

Inspektor sama ‘amvk’ di parkir pula? Netizen kongsi foto makan seorang diri

B4 Content

Seorang wanita dipercayai individu sama yang mengeluarkan perkataan berunsur hinaan kepada anggota polis sekali lagi mengundang perhatian netizen apabila tular satu video dirinya ‘mengamuk’ di sebuah parkir kereta.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @IniAlalalannn memaparkan wanita yang dipercayai pegawai polis itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan seorang pemandu lain.

Paragraf 2

Inspektor Shila berjaya tular sekali lagi ???????? untuk kali ini kejadian berlaku di parking pula pic.twitter.com/SUQQz6iz4Z

— ALAN: The Untold Story (@IniAlalalannn) June 17, 2023

Dia dilihat merakam situasi menggunakan telefon bimbitnya sambil mengeluarkan pelbagai kata-kata termasuk berunsur sindiran terhadap pakaian pemandu wanita berkenaan.

Meskipun diminta untuk beredar, pegawai polis tersebut dilihat cuba melakukan provokasi dan membuat bising di kawasan parkir terbabit.

Bagaimanapun, @IniAlalalannn memaklumkan tiada maklumat lanjut berhubung rakaman kejadian berkenaan yang didapati daripada group WhatsApp.

tiada info lanjut what, where, who, when, which, why, how (5W 1H). Saya pun dapat dekat group wassap ja orang duk forwarded many times

— ALAN: The Untold Story (@IniAlalalannn) June 17, 2023

Sementara itu, turut tular sekeping gambar memaparkan pegawai polis berpangkat inspektor itu sedang duduk menikmati makanan seorang diri di sebuah kedai makan sambil menggunakan telefon bimbit.

Gambar terbabit secara tidak lansung mengundang usikan netizen yang mendakwa tiada siapa lagi mahu berkawan dengan pegawai polis itu gara-gara sikap biadabnya.

While my cousie posted abt her like this???? https://t.co/5CLuVnfNi8 pic.twitter.com/ciJfHw0wxi

— rose???? (@AwishNurisz_) June 17, 2023

Terdahulu, media melaporkan pegawai polis berkenaan dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk memberi keterangan selepas tular video dia memarahi seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal.

Sumber: Twitter IniAlalalannn & @AwishNurisz_