KOTA KINABALU:ย Saksi pelajar kelima dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, memaklumkan kepada Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa amalan pelajar senior menegur atau memarahi junior dengan nada keras merupakan perkara biasa di asrama.

 

Peguam yang mewakili ibu Allahyarham, Shahlan Jufri berkata, saksi tersebut memberitahu perkara itu dianggap sebahagian daripada pengalaman yang mesti dilalui oleh pelajar junior, kerana pelajar senior terdahulu juga pernah melalui situasi serupa.

โ€œSaksi ini rapat dengan kumpulanย Circle 19ย iaitu sekumpulan 19 pelajar yang sering melakukan aktiviti bersama.

โ€œDia (saksi) turut menyatakan bahawa kata-kata kasar seperti ‘bodoh’ dan ‘sial’ yang dilemparkan terhadap Zara adalah dalam konteks sesama rakan.

โ€œSaksi ini juga mengambil inisiatif untuk mengenal pasti guru yang merampas telefon bimbit seorang pelajar pada pagi kejadian, memandangkan penggunaan telefon tidak dibenarkan di dorm,โ€ katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shahlan berkata, pasukannya turut mengemukakan pelan lakar tiga dimensi (3D) dan 2D kepada semua pihak dalam Mahkamah Koroner.

Katanya, pelan itu memberikan gambar visual bilik asrama A-3-6, A-3-5 serta keseluruhan aras 3 Blok Asrama Rabiatul Adawiyah.

โ€œPelan ini disediakan untuk membantu saksi kanak-kanak sebagai rujukan serta membolehkan pihak mahkamah mengenal pasti lokasi para pelajar semasa waktu material kejadian,โ€ ujarnya lagi.

Prosiding inkues akan bersambung pada Selasa yang melibatkan saksi pelajar yang baharu di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Gambarยฒ Ada Di Bawah Sekali