KUALA LUMPUR, 2 September 2025 – Rumah tangga pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim, kembali menjadi perhatian apabila isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, tampil dengan kenyataan mengejutkan.
Dalam luahan penuh emosi di Instagram Story, beliau mengakui bahawa perceraian yang sedang dihadapinya kini bukanlah kali pertama dia melalui situasi sebegitu.
“Ini bukan kali pertama saya pernah diceraikan sebelum ini. Saya telah berkorban seluruh jiwa untuk keluarga, dari susah sehingga berjaya… bukan mudah untuk saya,” katanya.
Syazwani turut menjelaskan bahawa dia cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 2019 itu, namun terlalu banyak campur tangan luar hingga menggugat kebahagiaan mereka.
“Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya… ibu saya disuruh mengambil saya; walaupun berat hati, saya akur,” tambahnya lagi.
Mahkamah Tangguh Kes, Dedah Lafaz Cerai Luar Mahkamah
Menurut peguam Syazwani, Roshdan Sujak Rafie, kes sebutan cerai yang dijadualkan minggu ini terpaksa ditangguhkan ke Oktober. Hal ini kerana mahkamah perlu meneliti semula isu perceraian yang pernah dilafazkan di luar mahkamah oleh Faisal sebelum ini.
Malah, Faisal sendiri dalam kenyataannya mengakui bahawa mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu, sekali gus menguatkan lagi khabar mengenai retaknya hubungan pasangan tersebut.
Perjalanan Cinta dan Keluarga
Faisal dan Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019, ketika karier Faisal Halim mula mencanak naik bersama pasukan kebangsaan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan, yang kini menjadi tumpuan kasih sayang kedua-duanya.
Namun, di sebalik senyuman dan kejayaan Faisal di padang bola, rumah tangganya menyimpan luka yang jarang diketahui umum. Gosip mengenai pergolakan rumahtangga mereka pernah timbul sebelum ini, namun kedua-duanya lebih selesa berdiam diri.
Netizen Simpati, “Kesian Faisal Halim & Isteri”
Luahan Syazwani mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Ramai yang bersimpati dengan dirinya, menganggap dia telah terlalu banyak berkorban demi mempertahankan keluarga.
Namun, ada juga yang meluahkan rasa kasihan terhadap Faisal, seorang pemain bola yang sedang berjuang membina karier, tetapi dalam masa sama diuji dengan konflik rumah tangga yang cukup berat.
Antara komen netizen:
- “Kesian kat isteri Faisal, dah banyak berkorban tapi tak dihargai…”
- “Faisal pun manusia biasa, tekanan kerja dan keluarga memang berat…”
- “Kadang campur tangan luar yang hancurkan rumah tangga, bukan pasangan itu sendiri.”
Apa pun, isu rumah tangga Faisal Halim kini menjadi sorotan bukan sahaja dalam dunia hiburan, malah juga dalam arena sukan. Ramai berharap agar pasangan ini dapat mencapai penyelesaian terbaik demi masa depan anak mereka.
Sama ada terus mempertahankan rumah tangga atau memilih jalan berasingan, keputusan mereka pasti akan menjadi perhatian ramai.