ARIF AIMAN ANGKAT SEMANGAT RAKAN WARISAN – “MEREKA TETAP RAKYAT MALAYSIA” 🇲🇾💪
Selepas kemenangan bergaya 3-0 menewaskan Laos dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, kapten Harimau Malaya, Arif Aiman, tampil dengan ucapan yang menyentuh hati.
Dalam satu hantaran di laman sosial, Arif menzahirkan penghargaan kepada seluruh skuad, termasuk tujuh pemain warisan yang kini berdepan hukuman oleh FIFA.
“Tujuh warisan adalah rakyat Malaysia. Mereka tetap pemain kita, tetap saudara kita. Terima kasih kepada semua penyokong yang terus percaya, dan tidak lupa kepada penyokong terbesar kami — Tunku Ismail,” tulisnya.
Ucapan itu segera tular dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat bola tempatan yang tersentuh dengan semangat setiakawan dan perpaduan ditunjukkan bintang JDT itu.
Kemenangan ke atas Laos bukan sahaja menghidupkan semula harapan Malaysia dalam saingan kelayakan, tetapi juga meniup semangat solidariti di tengah isu panas sekatan pemain warisan.
Arif menegaskan bahawa skuad Harimau Malaya akan terus fokus berjuang demi lambang di dada, bukan sekadar nama di belakang jersi.
“Kami satu pasukan. Menang sama-sama, jatuh pun sama-sama,” katanya ringkas tetapi penuh makna.
Sementara itu, klun bolaksepak Felez dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pemain warisan Malaysia Imanol Machuca dikatakan telah diberi lampu hijau oleh Fifa untuk beraksi bersama kelabnya semula.
Jika ini benar, maka besar harapan peminat untuk melihat pemain ini beraksi untuk Malaysia tidak lama lagi.
Sambungan Ada Di Bawah Sekali
